Rawatan Sengat Lebah Di Labis, Segamat



Terapi Sengatan Lebah Semakin Popular Untuk Rawat Penyakit

Lebah adalah serangga yang hidup berkoloni dengan membuat sarang di tempat-tempat tinggi seperti pada dahan pokok, di atap rumah dan sebagainya. Madunya juga mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan manusia.

Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui bahawa sengatan lebah yang mempunyai kira-kira 20,000 spesies dan boleh didapati di setiap benua kecuali Antartika itu mampu merawat penyakit berbahaya.

Serangga ini jarang mengganggu manusia kecuali sekiranya koloni mereka diusik dan ada kalanya, serangan lebah ini boleh menyebabkan kematian jika diserang oleh beribu-ribu ekor lebah pada satu masa yang sama.


Bagi pengusaha terapi sengatan lebah di Sungai Karas, di sini, Ruslan Mohamad, 48, berkata, sebenarnya serangga jenis lebah, penyengat, tebuan dan tebuan tanah mempunyai kepentingan perubatan yang besar dan manfaatnya kurang diketahui di negara ini.

Menurutnya, rawatan sengatan lebah ini juga telah popular di negara China kira-kira 3,000 tahun dahulu untuk merawat penyakit seperti arthritis, sakit belakang, strok dan merangsang pertumbuhan sel-sel baharu menggantikan sel-sel yang telah mati.

Berdasarkan pengalaman diri sendiri

Menurut Ruslan, beberapa tahun dahulu, dia disahkan oleh doktor menghidapi penyakit kanser hati tahap empat, gout, darah tinggi dan kencing manis selain kedua-dua buah pinggangnya sudah rosak.

Doktor juga mengesahkan penyakit-penyakitnya itu bertambah kronik dan peluang untuk sembuh seperti sediakala juga sangat tipis membuatkan dia hilang keyakinan untuk terus hidup dan melakukan rawatan.

Ketika itu saya seperti seorang insan yang menanti mati sahaja dan menyebabkan saya pergi membawa diri meninggalkan anak-anak dan isteri untuk pergi ke rumah adik saya di Mawai, Kota Tinggi bagi menghabiskan sisa-sisa hidup saya. Di sana (Mawai), saya terjumpa seorang pengutip lebah dan madu berbangsa Cina yang seringkali keluar dan masuk dari hutan berhampiran rumah adik saya sehingga menimbulkan perasaan ingin tahu terhadap diri saya.


Katanya, dia kemudian memberanikan diri untuk menegur lelaki Cina tersebut dan lelaki berkenaan memberitahunya bahawa lebah tersebut digunakan untuk merawat penyakit manakala madunya pula dijual.

Lelaki tersebut kemudian bertanyakan penyakitnya kerana melihat keadaan diri Ruslan yang tidak terurus dan berada dalam kesakitan sebelum menawarkan diri untuk merawat penyakitnya menggunakan sengatan lebah secara percuma.

Semangat saya terus naik selepas mendengar penerangan lelaki Cina tersebut dan selama lapan bulan saya menjalani rawatan dengannya, saya merasakan diri saya semakin sihat dan segala penyakit di badan saya termasuk kanser hati sudah hilang melalui pengesahan doktor.

Belajar sengatan lebah selama lima tahun

Menurut bapa kepada lima anak itu, dia kemudian berguru dengan lelaki tersebut selama lima tahun untuk mempelajari selok belok rawatan sengatan lebah dan dalam tempoh tersebut dia mendapati terdapat sebanyak 5,012 titik urat saraf di dalam badan manusia untuk disengat.

Katanya, sejak membuka pusat rawatan di rumahnya sendiri kira-kira lapan bulan lalu, dia menerima 50,000 pesakit dalam tempoh tersebut dan ada pesakit yang datang daripada seluruh negara dan negara lain seperti Brunei, Thailand dan Indonesia.

Lebah yang digunakan oleh saya adalah lebah jenis keran dan sialang yang kedua-duanya akan mati selepas dirangsang untuk menyengat dan meninggalkan jarum sengatnya di atas permukaan kulit yang disengat. Pesakit yang datang ke sini semuanya menunjukkan hasil yang positif dan bilangan sengatan lebah juga bergantung kepada jenis penyakit dan kekerapan dia melakukan rawatan di sini dan rawatan perlu diteruskan secara berkala sehingga sembuh.

Menurutnya, dia juga sudah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan dalam proses untuk mendapatkan pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menyakinkan lagi pesakit yang datang unuk mendapatkan rawatan.

Katanya, dia juga kesal apabila ada pihak yang menjual namanya untuk melakukan rawatan yang sama di tempat lain sedangkan dia tidak pernah mengajar sesiapa mengenai rawatan tersebut melainkan kepada lima pembantunya sahaja yang menolongnya di pusat rawatan.

Setakat ini saya tidak berhasrat untuk membuka mana-mana cawangan kerana persekitaran di bandat tidak sesuai untuk rawatan sengatan lebah kerana rawatan ini memerlukan suasanan yang nyaman dan oksigen yang cukup seperti di kawasan kampung. Saya tidak mengenakan sebarang caj tertentu dan hanya bayaran seikhlas hati dan setakat ini kebanyakan pesakit yang datang mendapatkan rawatan di sini sudah hampir sembuh penyakit mereka dan itu sudah cukup untuk membuatkan saya gembira.

Bagi Ali Meeat, 51, penyakit kanser hati tahap tiga yang dihadapi dua tahun lalu juga sembuh selepas sebulan setengah mendapatkan rawatan dan pernah disengat sebanyak 170 ekor lebah di badannya.

Katanya, sehingga kini dia masih melakukan rawatan tersebut walaupun doktor terkejut dan mengesahkan penyakit kansernya sudah hilang.


Sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan ini boleh menghubungi :

En. Ruslan 013-7605539


Sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan ini boleh menghubungi :

En. Ruslan 013-7605539



Semakin ramai pesakit telah dibantu dengan kaedah alternatif terapi sengat lebah. Antara penyakit yang boleh dirawat dengan terapi sengat lebah adalah :
  • HIV
  • Kencing Manis
  • Stroke
  • Masalah Urat
  • Masalah Otot
  • Sakit Lutut
  • Sakit Sendi
  • Sakit Pinggang
  • Sakit Kulit
  • Resdung
  • Lemah Tenaga Batin
Malah penggunaan nya telah berkembang untuk merawat penyakit-penyakit yang biasa dihidapi manusia sehinggalah kepada rawatan penyakit kanser.




Berminat? Hubungi :

En. Ruslan 013-7605539

DK

Post a Comment

Previous Post Next Post