Petua Dalam Beramalan


Untuk mengamalkan sesuatu ilmu, amat mustahak kita mempelajari dan menerima ijazahnya dari guru. Di zaman ini ilmu-ilmu hikmat banyak tersurat di lembaran kitab-kitab pusaka. Pengarangnya pula sudah lama meninggalkan dunia yang fana ini.

Hanya sedikit sahaja ilmu sebegini yang tersimpan di dada guru-guru tua. Sedangkan kita amat minat dan gemar sekali untuk meraih pahala dan fadilat dari amalan tersebut, sayangnya tiada guru yang dapat memberi ijazahnya. Adakah tiada jalan lain untuk kita mengamalkan ilmu-ilmu tersebut?

Jika hati kita suka dan minat untuk melakukan sesuatu amalan yang terdapat di dalam kitab-kitab pusaka para ulama walhal tiada pula guru yang dapat memberi ijazah semua amalan-amalan tersebut.

Maka bolehlah kita memilih mana satu amalan yang kita hendak amalkan itu dan mengamalkannya mengikut petua berikut. Mana-mana isim, Ayat, doa-doa khas dan sebagainya bolehlah dijadikan amalan wirid dengan tanpa ijazah dengan syarat :

1- Betul semua bacaan dan sebutannya mengikut hukum tajwid.
2- Betul susunan kalimat dan barisnya .
3- Mengikut kadar jumlah yang telah telah di tetapkan. Kalau 3 kali maka jangan lebih bacaan dari jumlah tersebut.
4- Memuji Allah dan selawat kepada nabi saw sebelum dan selepas melakukan amalan.
5- Mengikut segala syarat yg telah ditentukan.

Pun begitu tidak semua amalan dapat kita amalkan. Seperti contoh amalan yang berkhadam mesti menerimanya dengan berijazah. Kerana amalan tersebut tidak akan menjadi jika tiada ijazahnya.

Walaupun petua-petua di atas dapat digunakan untuk amalan yang tidak berijazah, Ada baiknya lagi kita membuat rujukan dan minta nasihat terlebih dahulu kepada alim ulama yang di ketahui mempunyai kemahiran dalam ilmu hikmat. Kalau dia memberi lampu hijau maka kita jalan. Kalau tidak sebaliknya lah. Mungkin ada sesuatu kebaikkan untuk diri kita yang kita tidak nampak.

Khulasahnya, kalau hendakkan ilmu cari lah guru yang arif yang dapat membimbing dan meminpin kita ke jalan yang benar. Ikhlaskan hati dalam melakukan amalan adalah kerana Allah semata-mata. Kata hukama “ siapa yang tidak ada guru, maka syaitanlah gurunya”. Wallahua’lam.





10 Minit - Selawat Nuril Mubin (Ustaz Wadi Anuar) https://youtu.be/c_CQzyZn2fY Selawat Ratib Haddad - Habib Nael Ben Taher (10 Minit) https://youtu.be/VuneoDzTexQ Selawat Ratib Haddad - Habib Nizar Husni Al Idrus https://youtu.be/Bb82JzCH8e8 Selawat Ratib Haddad - Syeikh Abu Zaki (30 Minit) https://youtu.be/TLmPIirG_f4 Sheikh Samunzir Aceh - Allohumma Solli Ala Sayyidina Muhammad Ya Robbi Solli Alaihi Wasallim (1 Jam) https://youtu.be/w5_uG1NckmE Selawat Ratibul Haddad https://youtu.be/4g26vEnXJg8 Selawat Ratib Haddad - Habib Syech As-Segaf (500 Kali) https://youtu.be/2R2U9_yP_l0 Dosa Di Ampun Bila Amal Selawat Ini (20 Minit) https://youtu.be/RQBpgdQHdPo Selawat Ratib Haddad (Selawat Wali Qutub) - 100 Kali https://youtu.be/Pp0rvCfKmz8 Selawat Jibril - Habib Lutfi Yahya https://youtu.be/ZVVxfMDA7tc Mewajibkan Mati Husnul Khatimah Dengan Amal Selawat Ini https://youtu.be/Us2JLqTk_9M Selawat Zainil Wujud - Sayyidina Umar Selalu Amalkan !! https://youtu.be/xMIm8rZ5qHo Zikir Laa Ilaaha Illallooh (Laju) https://youtu.be/np01coiHZk4 Hobi Berselawat 20,000 Kali Setiap Hari https://youtu.be/KCVWVTXiQyA Selawat Fatih 100 Kali - Membuka Rahsia Asrar Yang Ajaib https://youtu.be/96dXpVDXl2M Selawat Yang Membebaskan Dari Azab Siksa Kubur https://youtu.be/7XQIXiAdKmo Mari Beristighfar !! Astaghfirullahal Aziim (6 Minit) https://youtu.be/udgBux9Z18E Selawat Azimiah 7 Kali (Bacaan Perlahan - Sesuai Untuk Yang Baru Nak Hafal) https://youtu.be/C58oS3liQxo Sheikh Mohd Faiz Linggi - Selawat Azimiah https://youtu.be/khvXFpV49so Merdunya Selawat Azimiah 11 Kali (Dengan Lagu Dan Muzik) https://youtu.be/kHWKTFL3DYc Selawat Ummiy - Baca 80 Kali Dalam Waktu Asar https://youtu.be/Tj_36ls3PVM Selepas Asar Jumaat Baca Selawat Ini - Hapuskan Dosa 80 Tahun https://youtu.be/j5dL9kHrZEI Sollallahu Robbuna Ala Nuril Mubin Ahmadal Mustofa Sayyidil Mursalin (Solawat Nuril Mubin) https://youtu.be/JaxxeejPgvA Selawat Tafrijiyah Nariah Kamilah (Viral Tiktok) - Hindari Kesulitan Kesedihan https://youtu.be/YvSPHF02L64 .




DK

Post a Comment

Previous Post Next Post