Antara kelebihan penjawat awam adalah boleh memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan, namun begitu ramai yang kurang arif bagaimana cara untuk memohonnya, syarat-syaratnya dan proses pembayarannya. Terutamanya yang masih baru dalam perkhidmatan awam.
Sebelum ini pinjaman perumahan di bawah Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia, namun kini diperbaharui dan dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam LPPSA.
Sebelum kita bicara cara memohon, mari kita tengok apakah syarat-syarat untuk memohon pinjaman.
Syarat Asas Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA
- Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
- Warganegara Malaysia
- Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara (bagi penjawat awam Skim Berpencen), dan 5 tahun sebelum tamat perkhidmatan (bagi penjawat awam Skim KWSP)
- Berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun
- Telah disahkan dalam jawatan
- Bukan seorang muflis @ si berhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib
- Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam
- Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri dan Pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.
Ini adalah syarat-syarat asas, biasanya kalau sudah disahkan jawatan tu maknanya sudah layaklah untuk memohon, melainkan ada kes seperti muflis, sedang dalam tindakan tatatertib dan sebagainya.
Mengapa perlu menggunakan pinjaman kerajaan? Banyak kelebihannya antaranya ialah kadar faedah bagi peminjam adalah 4%. Boleh dapat pinjaman penuh 100%.
Adakah pinjaman kerajaan ini patuh syariah?
Terdapat 2 skim pinjaman iaitu
- Skim Pembiayaan Perumahan SPPP adalah skim pembiayaan secara konvensional.
- Skim Pembiayaan Perumahan SPPI menggunakan konsep ’Al-Bai’ Bithaman Ajil (akad jual beli).
Sebagai seorang Islam maka wajib untuk kita memilih pembiayaan patuh syariah iaitu SPPPI.
Jenis-jenis Pinjaman Perumahan Kerajaan
Jenis 1: membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap
Jenis 2: membina rumah di atas tanah sendiri
Jenis 3: membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan
Jenis 4: membeli tanah dengan tujuan membina rumah
Jenis 5: menyelesaikan hutang pembiayaan perumahan daripada bank/institusi kewangan
Jenis 6: membina rumah di atas tanah pemohon yang dibeli melalui pembiayaan lembaga
Jenis 7: membuat kerja ubahsuai rumah
Kemudian anda perlu tahu, berapa kelayakan pinjaman berdasarkan gaji anda.
Sila pastikan bahawa AMAUN KELAYAKAN pembiayaan adalah berdasarkan kepada GAJI HAKIKI SEMASA permohonan.
Cara Membuat Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan
Sebenarnya, permohonan pembiayaan kini sangat mudah jika betul caranya, ada yang peminjam memberikan 100% proses permohonan dilakukan oleh agen perumahan, dan ada juga yang membuat permohonan sendiri. Lebih baik anda lakukan sendiri, supaya anda dapat belajar proses permohonan dan memahami setiap potongan atau prosudernya.
Setelah anda berjumpa dengan pemaju, dan memilih rumah yang hendak dibeli, dan menerima dokumen-dokumen perjanjian jual beli (Sale and Purchase) rumah anda dikehendaki membuat permohonan pembiayaan secara online di laman web:
PENDAFTARAN ID BARU
- Pengguna kali pertama Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB) dikehendaki mendaftarkan ID pengguna.
- Sila klik menu Pendaftaran ID Baru.
- Semua maklumat yang bertanda * adalah wajib diisi.
Yang ini mudah sahaja, anda lengkapkan semua maklumat-maklumat peribadi anda dan yang berkaitan, pastikan diisi dengan betul. Selepas siap pendaftaran, anda bolehlah login masuk untuk membuat permohonan pinjaman perumahan kerajaan.
Maklumat harta yang perlu diisi dengan betul, rujuk dokumen Jual Beli Perjanjian
Untuk memohon Pinjaman Perumahan Perbendaharaan yang baru, pemohon perlu menyemak kelayakan pinjaman dahulu dengan menekan menu PERMOHONAN PINJAMAN.
Kelayakan Pinjaman Perumahan
Proses pengisian borang anda boleh rujuk sahaja Panduan Pengguna yang telah disediakan: Panduan Pengguna
Semasa memilih panel takaful, anda diberi pilihan memilih panel berikut:
- Etiqa Takaful
- Etiqa Insuran
- HSBC Amanah Takaful
- Prudential BSN Takaful
- Sunlife Malaysia Takaful
- Takaful Ikhlas
- Takaful Malaysia
Sila pilih yang patuh syariah (Takaful) bagi pinjaman Islamik.
Setelah permohonan Pinjaman Perumahan Perbendaharaan adalah lengkap dan berjaya dihantar, sistem akan memaparkan No Rujukan Permohonan, Jumlah Amaun Pinjaman Dipohon dan mesej ‘Permohonan Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Anda Telah Berjaya Dihantar Dan DiberikanKelulusan Secara Bersyarat’.
Sila muat turun dan cetak borang permohonan untuk tujuan pengesahan Ketua Jabatan dengan menekan butang Muat Turun Borang Permohonan Pinjaman.
Sila muat turun dan cetak senarai dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan dengan menekan butang Muat Turun Senarai Semak Pinjaman.
Borang permohonan dan dokumen sokongan fizikal yang telah dibuat pengesahan pula perlu dihantar dalam masa empat belas (14) hari bekerja. Anda boleh menghantarnya sendiri di Pejabat LPPSA atau secara pos. Boleh juga guna pos ekspress atau pos laju, untuk lebih selamat guna pos berdaftar.
Kemudian anda tunggu sahaja permohonan anda akan diproses secepat mungkin, anda juga disaran untuk sentiasa menyemak status permohonan pinjaman perumahan kerajaan anda di menu semakan status pinjaman.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor di bawah:
Pusat Panggilan Utama : 03 – 8880 1600
No.9, Kompleks Kementerian Kewangan
Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya
WAKTU OPERASI LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA) :
PUSAT PANGGILAN
ISNIN HINGGA KHAMIS
JAM 8.00 PAGI – 5.30 PETANG
Semoga perkongsian ini, sedikit sebanyak dapat memberi gambaran awal atau panduan kepada anda dalam membuat permohonan pinjaman perumahan kerajaan. Sekiranya ada pertanyaan boleh komen di bawah atau hubungi nombor di atas.
LOI THERESA
ReplyDeletePada masa ini, kami memberi pinjaman kepada orang Asia Asia liar pertaruhan dunia liar
negara dan sebagainya. @ 2% Kadar Faedah dengan NO KAWALAN KREDIT dari USD5000, hingga berbilion dolar dalam tempoh 12-144 Bulan.
REMUNERASI LENDING kami bermula dalam masa 3 bulan selepas penerima menerima pinjaman pada hari kelulusan dan kami menawarkan pelbagai
daripada pinjaman, termasuk:
* Penyatuan hutang
* Pinjaman Perniagaan
* Pinjaman Peribadi
* Pinjaman Rumah
* Pinjaman Kewangan Kereta
✔. Senarai hitam boleh dikenakan
✔. NO CHECK CREDIT
Kajian ✔.Debt atau perintah mahkamah boleh dikenakan
✔.ETC boleh memohon.
Pinjaman Tunai Theresa Syarikat ini adalah a
filem pinjaman berdaftar dan dibenarkan dan kami menawarkan pinjaman kepada semua warganegara yang tersenarai hitam, tidak semak KREDIT.
Terapkan sekarang dengan nombor mudah alih anda, nombor ID, nama penuh, jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman kepada E-mel
: Nombor pejabat Theresaloancompany@gmail.com ++ 12817208403
Untuk kejelasan lanjut, jangan ragu untuk menghubungi kami atau WhatsApp (+12817208403).
Salam sejahtera,
Ada
Pengiklan Pinjaman (Pr),
Pinjaman Theresa ��