Anak Kunci Khazanah Amalan




[Ya Allah, sesungguhnya aku persembahkan padaMu keharibaan (di antara 2 tanganMu) dari setiap nafas, kerdipan, peredaran, dan kerlipan, yang berkelipan/berligar daripada ahli-ahli langit dan ahli-ahli bumi, dan setiap sesuatunya yang di dalam ilmu (dan kerajaan) Engkau, yang wujud atau telah sekian wujudnya, ku persembahkan padaMu keharibaan (di antara 2 tanganMu) setiap sesuatunya yang sedemikian itu.....]


Latar Belakang Kalimah. 

Kalimah ini di baca sebagai muqaddimah atau pembukaan kepada amalan Ayat Kursiyy. 

Riwayat dari Ibnu Abbas ra, katanya, Rasulullah SAW bersabda, "bahawa Nabi Musa ibnu Imran pernah bertanya pada Jibril apakah pahala bagi orang yang membaca Ayatul Kursiyy? Jibril menjawab bahawa tiada terhingga pahalanya! 

Kemudian Jibril datang lagi memberitahu Nabi Musa bahawa Tuhan berfirman, 'barangsiapa membaca pada setiap lepas solat fardhu (maktubah/5 waktu) kalimah;


dan seterusnya membaca ayatul kursiyy hingga akhir, maka seluruh malam dan siang itu (24 jam) tiada sesaat pun melainkan naik kepadaKu untuknya 70,000 kebajikan hingga di tiup sangkala'." 

Kalimah Merupakan Anak Kunci Khazanah Amalan

1. Rahsia kalimah tersebut di atas telah disingkapkan oleh Rasulullah SAW kepada umat Baginda semua, bersama dengan amalan Ayatul Kursiyy. Ia merupakan anak kunci yang membuka khazanah segala kebaikan yang terkandung di dalam Ayatul Kursiyy. 70,000 adalah jumlah malaikat yang mengiringi Ayatul Kursiyy ketika ayat tersebut diturunkan kepada Baginda. Justeru, pengamal Ayatul Kursiyy juga memperolehi segala kebajikan pada setiap saat dalam sehari (24 jam) dari amalan para malaikat Ayatul Kursiyy yang tidak pernah leka beramal. 

2. Kalimah tersebut di atas tidak terbatas pada Ayatul Kursiyy. Malahan banyak tarikat-tarikat seterusnya mengamalkannya bersama dengan amalan-amalan lain, seperti amalan Surah Ya-Siin, al Waqiah, bahkan zikir-zikir, hizib-hizib dan dll, demi mencari dan mengejar manfaat dan kebajikan zahir dan batin, dunia dan akhirat. 




DK

Post a Comment

Previous Post Next Post