Penghawa Dingin Sebenarnya Menjejaskan Kesihatan Anda?



Penghawa dingin atau panggilan pasarnya air-con sudah semakin menjadi keperluan pada zaman kini. Lebih-lebih lagi dengan cuaca yang panas dan kering, kebanyakan dari kita sangat memerlukan bilik yang mempunyai air-con untuk lebih fokus membuat apa-apa kerja.

Namun, kajian mendapati air-con lebih membahayakan kesihatan anda berbanding bermanfaat pada anda. Berdasarkan kajian yang dilakukan, penghawa dingin yang tidak diselenggara dengan sebaiknya menyumbang pada seribu jenis masalah pada kesihatan anda termasuklah sakit kepala, kekejangan serta kerengsaan pada mata dan kulit.

Simpton masalah pernafasan seperti tercungap-cungap, dada terasa sempit, kerap bersin serta tekak sakit dan kering juga berkait rapat dengan penggunaan penghawa dingin.

Bukan sahaja air-con dimurah yang patut anda berikan perhatian, air-con di dalam kereta dan ditempat kerja juga menyumbang pada masalah yang sama. Bakteria dan fungus yang ditapis oleh air-con kereta anda boleh menyebabkan pelbagai jangkitan dan alergi.

Sebuah kajian yang dilakukan mendapati bahawa terdapat lebih dari 400 jenis bakteria ada dalam filter penghawa dingin kereta anda! Bakteria ini membiak dengan cepat dalam kereta yang telah terdedah kepada tahap kelembapan yang tinggi seperti cuaca di Malaysia atau kereta yang tidak digunakan dalam masa yang lama.

Tidak kira seberapa banyak masalah kesihatan yang boleh disenaraikan akibat penggunaan penghawa dingin, saya pasti anda tidak akan berhenti menggunakannya. Betul tak?

Bagaikan masih memakan makanan tinggi lemak dan kandungan gula walaupun sudah mengetahui akibat daripada pengambilan makanan tersebut dalam kuantiti yang tidak terkawal. Jangan risau. Saya pun begitu juga! Hehe 

Disini saya kongsikan bagaimana untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti peredaran udara sama ada anda berada di rumah, pejabat mahupun di dalam kereta.

Di rumah atau di tempat kerja

1. Jadualkan pemeriksaan atau penyelenggaraan tahunan untuk unit penghawa dingin anda.
2. Elakkan apa juga kelembapan tambahan pada penghawa dingin anda.
3. Ganti unit penghawa dingin anda setiap 10 tahun.
4. Sekiranya anda tinggal di apartment, atau pejabat anda terletak di bangunan yang tinggi, usahakan untuk memilih tingkat yang tinggi. 

Kajian mendapati bahawa, kebanyakan individu yang tinggal atau bekerja menggunakan sistem penghawa dingin kurang dari 60 meter dari aras tanah menghidap simptom masalah pernafasan.

Di dalam kereta

1. Gantikan filter apabila sepatutnya. Kajian mendapati bahawa jumlah bakteria akan meningkat sebanyak 67 peratus dan jumlah kulat pula meningkat dua kali ganda sekiranya penghawa dinggin tersebut menggunakan filter yang sudah lama.

Saranan berkenaan kekerapan menukar filter penghawa dingin kereta anda adalah berbeza, bergantung pada pengeluar dan tahap penggunaan anda, tetapi seelok-eloknya, tukarlah filter anda setiap 12,000 hingga 15,000 kilometer perjalanan.

2. Bersihkan habuk pada air filter anda sekerap mungkin.

3. Panaskan penghawa dingin anda terlebih dahulu. Kajian mendapati bahawa, tahap pertumbuhan bakteria meningkat 5 ke 15 minit selepas penggunaan air-con bermula. Seelok-eloknya, buka air-con anda 15 minit sebelum anda benar-benar mahu menggunakannya (juga dengan membuka tingkap) untuk mengurangkan risiko anda terdedah pada bakteria dan fungus.

Walau apa pun, tidak kita dimana anda berada, sekiranya cuaca tidaklah terlalu panas, cukuplah sekadar membuka tingkap dan nikmatilah udara segar yang sebenar – paru-paru anda pasti akan berterima kasih pada anda!

Semoga bermanfaat!




DK

Post a Comment

Previous Post Next Post