Ini Cara Dan Kaifiat Solat Sunat Taubat Terlengkap



Sembahyang Sunat Taubat


Sembahyang sunat taubat ialah sembahyang untuk memohon keampunan dari Allah atas segala dosa yang telah dilakukan. 

Sembahyang ini boleh dilakukan pada siang atau malam hari kecuali pada waktu-waktu yang dilarang melakukan sembahyang sunat iaitu selepas sembahyang fardu Asar dan selepas sembahyang fardu Subuh. Namun adalah lebih afdal melakukan sembahyang sunat taubat pada malam hari kerana keadaan yang sepi dan tenang akan mudah mendatangkan rasa khusyuk.

Dalil sembahyang sunat taubat adalah dari sebuah Hadith Rasulullah saw ini:-

Sabda Rasulullah saw, yang bermaksud; 

"Tidak ada seorang pun yang berdosa, lalu dia berwuduk dan terus mengerjakan sembahyang serta memohon ampun kepada Allah, melainkan dia diampuni oleh-NYA."

Kemudian Baginda saw membaca ayat 135 - 136 dari surah Ali Imran, yang bermaksud; 

"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka; dan sememangnya tiada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah. Dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang sedemikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya. Dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal."

Cara-cara sembahyang 

Sembahyang sunat taubat biasanya dilakukan dengan 2 rakaat dan salam. 


1) Niat

Lafaz (dengan lidah) niat sembahyang sunat taubat:-


Lintaskan niat dalam hati apabila mengangkat takbirratul ihram seperti berikut:-

Aku sembahyang sunat Taubat 2 rakaat kerana Allah Ta'ala.


2) Bacaan surah selepas al-Fatehah

Rakaat Pertama:-

Selepas al-Fatihah, bacalah ayat 135 - 136 dari surah Ali-Imran. 


وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فَـٰحِشَةً أَوۡ ظَلَمُوٓاْ أَنفُسَہُمۡ ذَكَرُواْ ٱللَّهَ فَٱسۡتَغۡفَرُواْ لِذُنُوبِهِمۡ وَمَن يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلَّا ٱللَّهُ وَلَمۡ يُصِرُّواْ عَلَىٰ مَا فَعَلُواْ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ (١٣٥) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ جَزَآؤُهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ مِّن رَّبِّهِمۡ وَجَنَّـٰتٌ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَا‌ۚ وَنِعۡمَ أَجۡرُ ٱلۡعَـٰمِلِينَ (١٣٦)

135. Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka Mengetahui. 


136. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan surga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan Itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.


Rakaat Kedua:-

Selepas al-Fatihah, bacalah ayat 110 surah an-Nisaak. Jika tidak mampu bolehlah baca surah al-Ikhlas atau mana-mana surah yang dapat dihafal dengan baik.


وَمَن يَعۡمَلۡ سُوٓءًا أَوۡ يَظۡلِمۡ نَفۡسَهُ ۥ ثُمَّ يَسۡتَغۡفِرِ ٱللَّهَ يَجِدِ ٱللَّهَ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا (١١٠)


110. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, Kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.




3) Bacaan dalam sujud

Bacaan tasbih sujud seperti biasa. 


4) Bacaan selepas salam

Bacalah apa-apa jenis istighfar. 


5) Doa Taubat

Doa taubat boleh di dapati dari kitab-kitab doa yang terdapat di pasaran. Atau lafazlah doa memohon keampunan Allah dalam bahasa sendiri. Cara berdoa adalah seperti berikut:-

1) Baca basmallah (Bismillah)
2) Buka dengan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw.
3) Panjatkan munajat mohon ampun atas dosa-dosa, dan segala hajat untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat.
4) Tutup doa dengan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw.


Semoga taubat kita diterima Allah dan dosa kita di ampunkan-Nya dengan sembahyang sunat taubat ini.

Insya-Allah. Amin.




DK

Post a Comment

Previous Post Next Post