Mengenai solat kaffarah (mengqodho solat lima waktu) adalah kebiasaan yang dilakukan oleh beberapa sahabat, di antaranya oleh Ali bin Abi Thalib KWJ, dan terdapat sanad yang muttasil dan tsiqah kepada Ali bin Abi Thalib KWJ bahwa beliau melakukannya di Kufah. Dan yang memproklamirkan kembali hal ini adalah Al Imam Al Hafiz Al Musnid Abu Bakar bin Salim rahimahullah, iaitu dilakukan pada setelah solat Jumaat, pada hari Jumaat terakhir di bulan Ramadhan, mengqodha solat lima waktu.
Tujuannya adalah barangkali ada dalam hari hari kita solat yang tertinggal, dan belum di Qadha, atau ada hal hal yang membuat batalnya solat kita dan kita lupa akannya maka dilakukan solat tersebut.
Mereka melakukan hal itu menilik keberkatan dan kemuliaan waktu hari Jumaat dan bulan Ramadhan.
Adapun tatacaranya adalah solat dengan niat qdha`.
Pertama solat Zohor, kemudian setelah salam, langsung bangun solat Asar qodha` dan begitu seterusnya sampai Solat Subuh.
Nabi Muhammad saw. bersabda : "Barangsiapa selama hidupnya pernah meninggalkan solat tetapi tak dapat menghitung jumlahnya, maka solatlah di hari Jum’at terakhir bulan Ramadhan sebanyak 4 rakaat dengan 1x tasyahud (tasyahud akhir saja), tiap rakaat membaca 1 kali Fatihah kemudian surat Al-Qadar 15x dan surat Al-Kautsar 15x .
Niatnya: "Usholli arba’aa raka’aatin kaffaratan limaa faatanii minas solaati lillaahi ta’alaa”.
Sayidina Abu Bakar ra. berkata " Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Solat tersebut sebagai kaffaroh (pengganti) solat 400 tahun dan menurut Sayidina Ali ra. solat tersebut sebagai kaffaroh 1,000 tahun.
Maka bertanyalah sahabat : umur manusia itu hanya 60 tahun atau 100 tahun, lalu untuk siapa kelebihannya ?".
Rasulullah SAW menjawab, " untuk kedua orangtuanya, untuk isterinya, untuk anaknya dan untuk sanak familinya serta orang-orang yang di dekatnya/ lingkungannya. "
Mengqodha solat tentunya wajib hukumnya bagi mereka yang meninggalkan solat, namun tidak ada larangannya melakukan solat fardhu kembali kerana hukum solat i’adah adalah hal yang diperbolehkan.
Dan selama hal ini pernah dilakukan oleh para sahabat maka pastilah Rasul SAW yang mengajarkannya, mengenai tak teriwayatkannya pada hadis sohih maka hal itu tak boleh menafikan hal ini selama terdapat sanad yang tsiqah dan muttasil pada sahabat atau tabi'in.
Sebab hadis yang ada kini tak sampai 1% dari hadis hadis Rasul SAW yang ada di zaman sahabat, Anda bisa bayangkan jika Imam Ahmad bin Hanbal telah hafal 1 juta hadis dengan sanad dan hukum matannya, namun ia hanya mampu menulis sekitar 20 ribu hadis pada musnadnya, sisanya tak tertulis, lalu ke mana 980 ribu hadis lainnya?, sirna dan tak tertuliskan, demikian pula Imam Bukhari yang hafal lebih dari 600 ribu hadis dengan sanad dan hukum matannya namun beliau hanya mampu menuliskan sekitar 7000 hadits pada sohihnya dan beberapa hadis lagi pada buku-buku beliau lainnya, lalu kemana 593 ribu hadis lainnya? Sirna dan tak sempat tertuliskan, Namun ada tulisan tulisan dan riwayat sanad yang dihafal olehmurid-murid mereka, disampaikan pula pada murid murid berikutnya, nah demikianlah sanad yang sampai saat ini tanpa teriwayatkan dalam hadis sohih. Tentunya jalur mereka yang tak sempat terdata secara umum, namun masih tersimpan jalurnya dengan riwayat tsiqah dan muttasil kepada para sahabat.
Hal ini merupakan Ikhtilaf, boleh mengamalkannya dan boleh meninggalkannya.
Setelah solat sehabis salam membaca selawat Nabi sebanyak 100 kali dengan selawat apa saja, membaca Basmalah, Hamdalah, Istighfar, Syahadat dan Doa ini tiga kali :
اللهم يا مَنْ لا تَنْفَعُكَ طاعَتي ولا تَضُرُّكَ مَعْصِيَتي تَقَبَّلْ مِنِّي ما لا يَنْفَعُكَ واغْفِرْ لي ما لا يَضُرُّكَ ، يا مَنْ إذا وَعَدَ وَفىِ ، وإذا تَوَعَدَ تَجاوَزَ وَعَفا ، اِغْفِرْ لِعَبْدٍ ظَلَمَ نَفْسَهُ ، وأسْألُك اللهم إني أعوذ بِك مِنْ بَطْرِ الْغِنَى وَجَهْدِ الْفَقْرِ ، إلهي خَلَقْتَني ولَمْ أَكُ شَيْئا ، وَرَزَقْتَني ولَم أَكُ شيئا ، وارْتَكَبْتُ المَعاصي، فإني مُقِرٌ لَكَ بِذُنوبي ، فإنْ عَفَوْتَ عَنِّي فلا يَنْقُصُ مِن مُلْكِكَ شَيْئا ، وإنْ عَذَبْتَني فلا يَزِيدُ في سُلْطانِكَ شيئا ، إلهي أنْتَ تَجِدُ مَنْ تُعَذِّبُهُ غَيْري وأنا لا أَجِدُ مَنْ يَرْحَمَني غَيْرَكَ اِغْفِرْ لي ما بَيْني وَبَيْنَكَ و اغفِرْ لي ما بيْني وبينَ خَلْقِكَ ، يا أرْحَمَ الراحمين ويا رَجاءَ السَّائِلين ويا أمانَ الخائِفين ارْحَمْني بِرَحْمَتِكَ الواسِعَةِ ، أنْتَ أرْحَمَ الراحمين يا ربَّ العالَمين ، اللهم اغْفِر لِلْمُؤمنينَ والمؤمناتِ والمسلمينَ والمسلماتِ وتابِع بَيْنَنا وبيْنَهم بالخَيراتِ ، ربِّ اغْفِرْ وارْحَم وأنتَ أرحمُ الراحمين ، وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسلما كثيرا
.
Allahumma yaa man laa tan-fa’uka thaa’atii wa laa tadhurruka ma’shiyatii taqabbal minnii maa laa yanfa’uka waghfirlii maa laa yadhurruka yaa man idzaa wa ‘ada wa fii, wa idzaa tawa’ada tajaawaza wa’afaa ighfirli’abdin zhaalama nafsahu, wa as’aluka. Allahumma innii a’uudzubika min bathril ghinaa wa jahdil faqri, ilaahii kholaqtanii wa lam aku syai’an, wa razaqtanii wa lam aku syaii’in, wartakabtu al-ma’ashii, fa-innii muqirun laka bi-dzunuubii,. Fa in ‘afawta ‘annii falaa yanqushu min mulkika syai’an, wa-in adzdzaabtanii falaa yaziidu fii sulthaanika syay-’an, Ilaahii anta tajidu man tu’adzdzibuhu ghayrii wa-anaa laa ajidu man yarhamanii ghaiyraka ighfirlii maa baynii wa baynaka waghfirlii ma baynii wa bayna khalaqika yaa arhamar rahiimiin wa yaa raja’a sa’iliin wa yaa amaanal khaifiina irhamnii birahmatikaal waasi’aati anta arhamur rahimiin yaa rabbal ‘aalaamiin. Allahummaghfir lil mukminiina wal mukminaat wal musliimina wal muslimaat wa tabi’ baynana wa baynahum bil khaiyrati rabbighfir warham wa anta khairur-rahimiin wa shallallaahu ‘alaa sayidina Muhammadin wa ‘alaa alihii wa sohbihi wasallama tasliiman katsiiran amiin. (3 kali)
Ertinya; Yaa Allah, yang mana segala ketaatanku tiada ertinya bagiMu dan segala perbuatan maksiatku tiada merugikanMu. Terimalah diriku yang tiada ertinya bagiMu. Dan ampunilah aku yang mana ampunanMu itu tidak merugikan bagiMu. Ya Allah, bila Engkau berjanji pasti Engkau tepati janjiMu. Dan apabila Engkau mengancam, maka Engkau mahu mengampuni ancamanMu. Ampunilah hambaMu ini yang telah menyesatkan diriku sendiri, aku telah Engkau beri kekayaan dan aku mengumpat di saat aku Engkau beri miskin. Wahai Tuhanku Engkau ciptakan aku dan aku tak berarti apapun. Dan Engkau beri aku rezeki sekalipun aku tak bererti apa-apa, dan aku lakukan perbuatan semua maksiat dan aku mengaku padaMu dengan segala dosa-dosaku. Apabila Engkau mengampuniku tidak mengurangi keagunganMu sedikitpun, dan bila Kau siksa aku maka tidak akan menambah kekuasaanMu, wahai Tuhanku, bukankah masih banyak orang yang akan Kau siksa selain aku. Namun bagiku hanya Engkau yang dapat mengampuniku. Ampunilah dosa-dosaku kepadaMu. Dan ampunilah segala kesalahanku di antara aku dengan hamba-hambaMu. Ya Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih dan tempat pengaduan semua pemohon dan tempat berlindung bagi orang yang takut. Kasihanilah aku dengan pengampunanMu yang luas. Engkau yang Maha Pengasih dan Penyayang dan Engkaulah yang memelihara seluruh alam yang ada. Ampunilah segala dosa-dosa orang mukmin dan mukminat, muslimin dan muslimat dan satukanlah aku dengan mereka dalam kebaikan. Wahai Tuhanku ampunilah dan kasihilah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Wasollalloohu ‘Ala sayyidina Muhammadin wa’ala alihi wasohbihi wasalim tasliiman kasiira. Amin.
Diambil dari kitab “Majmu’atul Mubarakah”, susunan Syeikh Muhammad Sodiq Al-Qahhawi.
(oleh: Habib Munzir al-Musawa dan dari pelbagai sumber lainnya.)
Penulis : Muhammad Shulfi bin Abunawar Al ‘Aydrus.
محمد
سلفى بن أبو نوار العيدروس
bgus
ReplyDelete