Selawat, Satu-Satunya Ibadah Yang Pasti Diterima
.
Syaikh Ali Jum’ah berkata:
.
“Berselawat Nabi adalah amalan yang pasti diterima oleh Allah. Jika kamu bersedekah, dan kamu ingin dipuji, maka sedekahmu sia-sia. Begitu pula jika kamu solat kerana ingin diperhatikan manusia, solatmu tanpa pahala. Tapi jika kamu berselawat, walaupun kamu riyak, kamu tetap akan mendapatkan pahala, kerana selawat berhubungan dengan Nabi Allah yang agung, iaitu Nabi Muhammad Saw.”
.
Dalam kitab al-Fawaid al-Mukhtarah, Syeikh Abdul Wahab asy-Sya’roni meriwayatkan bahawa Abul Mawahib Imam asy-Syadzili berkata:
.
“Aku pernah bermimpi bertemu Baginda Nabi Muhammad Saw. Aku bertanya,
.
“Ada hadits yang menjelaskan 10 rahmat Allah diberikan bagi orang yang berkenaan membaca selawat, apakah dengan syarat saat membaca harus dengan hati hadir dan memahami ertinya?”
.
Nabi Saw menjawab,
.
“Bukan, bahkan itu diberikan bagi siapa saja yang membaca selawat meski tidak faham erti selawat yang ia baca.”
.
Allah memerintahkan para malaikatNya untuk senantiasa memohonkan doa kebaikan dan ampunan bagi orang tersebut (yang membaca selawat). Terlebih jika ia membaca dengan hati yang hadir, pasti pahalanya sangat besar, hanya Allah yang mengetahuinya. Bahkan, ada sebuah keterangan apabila kita berdoa tidak dimulai dengan memuja Allah, tanpa membaca selawat, kita disebut sebagai orang yang terburu-buru.
.
Baginda Nabi Saw mendengar ada seseorang yang sedang berdoa tapi tidak dibuka dengan memuja Allah dan tanpa membaca selawat, Nabi Saw bersabda,
.
“Orang ini terburu-buru.”
.
Kemudian Nabi Saw mengundang orang itu, lalu ia atau orang lainnya di nasihati,
.
“Jika di antara kalian berdoa, maka harus diberi pujian kepada Allah, membaca selawat, lalu berdoalah sesuai dengan apa yang dikehendaki.”
(HR. Abu Daud dan at-Tirmidzi)
.
Apalagi jika bertepatan dengan hari Juma’at, maka perbanyaklah membaca selawat di dalamnya. Kerana Nabi Saw bersabda dalam sebuah hadits:
.
“Hari yang paling mulia adalah hari Juma’at, maka perbanyaklah selawat di hari itu, kerana selawat kalian sampai kepadaku.”
.
Ulama sepakat bahawa selawat pasti diterima, kerana dalam rangka memuliakan Rasulullah Saw. Ada penyair yang berkata:
.
“Senantiasalah membaca selawat, sebab selawat pasti diterima. Adapun amal yang lain mungkin saja diterima atau ditolak, kecuali selawat pasti diterima.”
.
Selawat Penghantar Ma’rifat
.
“Ketahuilah bahawa sesungguhnya para ulama telah sepakat atas diwajibkannya membaca selawat dan salam untuk Baginda Nabi Muhammad Saw. Kemudian mereka berselisih pendapat mengenai bila kewajiban ini harus dilakukan.
.
Menurut Imam Malik, cukup satu kali dalam seumur hidup. Menurut Imam Syafi’i, wajib dibaca pada waktu tasyahhud akhir dalam setiap solat fardhu.
.
Menurut ulama lainnya, wajib dibaca satu kali dalam setiap majlis. Ada juga ulama yang berpendapat wajib membaca selawat setiap kali mendengar nama Nabi Saw disebut. Dan ada juga yang mengatakan untuk memperbanyak selawat tanpa dibatasi bilangan tertentu. Secara umum, membaca selawat kepada Nabi Saw. merupakan hal yang sangat agung dan keutamaannya sangat banyak.”
.
“Membaca selawat merupakan bentuk ibadah yang paling utama dan paling besar pahalanya. Sampai-sampai sebahagian kaum ‘arifin mengatakan:
.
“Sesungguhnya selawat itu mampu mengantarkan pengamalnya untuk ma’rifat billah meskipun tanpa guru rohani (mursyid). Kerana guru dan sanadnya langsung melalui Nabi Saw.”
.
Ingat, setiap selawat yang dibaca seseorang selalu diperlihatkan kepada Nabi Saw. dan beliau Nabi Saw membalasnya dengan doa serupa. Hal ini berbeza dengan dzikir-dzikir (selain selawat) yang harus melalui guru rohani (mursyid), yang sudah mencapai maqam ma’rifat. Jika tidak demikian maka akan dimasuki syaitan dan pengamalnya tidak akan mendapat manfaat apapun.”
(Hasiyah ash-Shawi ‘ala al-Jalalain juz 3 hlm. 287).
.
Abdurrahman bin Samrah meriwayatkan sebuah hadits yang dituturkan oleh Sa’id bin al-Musayyab, bahawa Nabi Saw bersabda,
.
“Ku lihat seorang dari umatku berjalan di atas sirot, kadang merangkak-rangkak dan kadang bergelantung. Kemudian datanglah selawat (yang di ucapkannya dahulu ketika hidup di dunia) lalu membangunkannya hingga dapat berdiri dan berjalan dengan kakinya, lalu ia diselamatkan oleh selawatnya.”
(HR. Abu Musa al-Madini dalam at-Targhib wa at-Tarhib, hadits hasan jiddan).
.
Wasiat-Nasihat Para Ulama Tentang Selawat
.
Imam Abul Hasan asy-Syadzilli pernah berkata,
.
“Di akhir zaman, tidak ada amalan yang lebih baik daripada berselawat kepada Rasulullah SAW.”
.Imam Ibnu Hajar al-Asqalani menyatakan,
.
“Tidak tertolak selawat atas Nabi SAW.”
.
Al-Hafidz asy-Syaraji berkata,
.
“Semua dzikir tidak diterima kecuali dengan khusyuk dan hadir hatinya kecuali selawat, maka akan diterima meskipun tanpa khusyuk dan hadirnya hati.
.
Kerana itu Abul Hasan al-Bakri berpesan: “Seharusnya tiap hari seseorang jangan kurang membaca selawat dari 500 kali.”
.
Tags
Selawat