Maksud Status “Tracking” PosLaju




Rasanya sudah menjadi kelaziman bagi orang masa kini membeli-belah menerusi atas talian. Biarpun cara itu dilihat sebagai alternatif yang memudahkan, pelanggan biasanya sering menghadapi masalah dalam menggunakan servis penghantaran yang ditawarkan oleh Pos Malaysia menerusi poslaju.

Kesukaran memahamai fungsi nombor penjejakan yang disebut sebagai “tracking number” kadang-kala memberi masalah besar kepada pengguna kerana ia seharusnya diperiksa secara berkala. Kegagalan berbuat demikian akan mewujudkan masalah yang lebih besar seperti kehilangan parcel mahupun paket yang sepatutnya sampai ke tangan pelanggan tidak kunjung tiba membuatkan kita berasa resah serta-merta.



Bagaimana mahu faham 10 maksud status tracking Poslaju?

#1 “Item Posted Over The Counter”


Abang kaunter pejabat pos/poslaju baru terima parcel dan scan barcode tracking number.

#2 “Consignment received and processed from posting at Post Offices”

Konsainan diproses daripada pengeposan di Pejabat Pos. Yang ini maksudnya mungkin data penghantaran dah ready dari Post Office (PO) lagi. Bila sampai di Pos Laju (Parcel Hub Pos Laju) yang paling dekat dengan rumah anda nanti, bolehlah terus parcel dihantar keluar.

#3 “Item dispatched out”

Parcel dihantar keluar dari ofis pos laju.

#4 “Item processed”


Parcel sedang diprocess di bahagia pejabat pos (PO) atau Parcel Hub Pos Laju. Mungkin waktu itu pembahagian mengikut lokasi poskod akan dilakukan supaya memudahkan sistem atau proses penghantaran yang akan dilakukan nanti.

#5 “Consignment dispatch out from Transit Office”

Parcel dihantar keluar dari pejabat transit. Jadi anda tak perlu risaulah kalau parcel tak sampai-sampai lagi kerana mereka baru hendak mulakan proses menghantar ke PO berdekatan alamat anda okay?

#6 “Arrive at delivery facility at…”

Parcel sudah tiba di destinasi yang paling dekat untuk dibuat penghantaran ke alamat anda.

#7 “Item out for delivery”


Ini bermaksud abang posmen sudah keluar untuk membuat penghantaran ke alamat anda. Sila pastikan alamat yang anda beri adalah tepat supaya memudahkan si penghantar tadi mencari lokasi dan menyampaikan pada anda secara efisyen. Pastikan juga ada orang tunggu di rumah untuk menerima parcel kerana jika tidak, barang anda akan dipulangkan semula ke pejabat pos terdekat!

#8 “Item can be collected at…”

Parcel boleh diambil di Pos Laju tertera. Maksudnya, parcel anda sudah selamat ada di pejabat mereka. Ini mungkin berlaku kerana sewaktu penghantaran anda tiada di rumah dan mereka tidak dapat menyampaikan parcel terus kepada tuan rumah membuatkan ia dihantar semula ke pejabat pos yang terdekat untuk penyimpanan yang perlu dituntut sendiri. Jika berhari-hari status sama, sila terus hubungi pejabat Poslaju tersebut untuk mengetahui status sebenar. Kami nasihatkan anda pergi sahaja ambil sendiri.

#9 “Item delivered to (Name)”

Tahniah, parcel anda sudah selamat sampai ke tangan! (atau sesiapa yang sign delivery note berdasarkan nama) yang tertera pada paket parcel berkenaan.

#10 “Unsuccessful delivery. Please contact 1 300 300 300. Address not available”

Masalah besar! Parcel anda tidak dapat sampai ke tangan anda. Mungkin anda tiada di rumah atau tidak menyedari kedatangan mereka sewaktu mereka membuat penghantaran tempoh hari. Anda dinasihatkan untuk membawa nota yang ditinggalkan pihak penghantar untuk menuntut barang di pejabat pos terdekat atau hubungi pejabat Poslaju untuk mengetahui keterangan lanjut berkenaan langkah seterusnya.

SEMAK NOMBOR TRACKING POSLAJU ANDA



 

DK

3 Comments

  1. Knpa trcking saya cek dia naik not refound

    ReplyDelete
  2. Thank you for providing this useful guide on understanding the different tracking statuses for Poslaju. It is important for online shoppers to be aware of these statuses to ensure that their parcels are delivered safely and efficiently. Your website, https://trackposstore.com/, is a great resource for those who want to track their Posstore Tracking parcels conveniently. I would recommend it to anyone who wants to stay updated on the status of their deliveries.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post