Selawat Al Fatih 1 Jam Non Stop

Habib Ja'far Baharun

Pengamal Selawat Fatih tiap² malam Jumaat membaca Selawat Fatih 100,000x dengan anak murid nya.

.


Kebiasaan Beliau dari muda selalu menjaga Wudhuk (Da-imul Wudhuk), istiqomah solat tahajjud dan tidak menerima tamu sebelum Beliau selesai melaksanakan solat Dhuha.

Setiap malam juma'at rutin riyadhoh membaca solawat fatih 100,000 kali berjamaah bersama para pelajar dan jamaah.


Semoga kita bisa mengikuti jejak Guru Mulia dan bisa beramal seperti Beliau... Alhabib Ja'far bin Ali Baharun Probolinggo.


==================


Kultum spesial tentang Sayyidul Auliyaaak... @ Beberapa Pangkat Yang Disandang Oleh Sayyidi Syaikh Ahmad bin Muhammad AlHasani At Tijani Ra..


1. Al Quthbaniyyatul 'Uzma


Wali Qutub yang Agung  pada suatu masa , dimana Wali Qutub tersebut menjadi rujukan para wali dari seluruh semesta. Wali seperti ini hanya ada satu orang pada setiap masa/zaman 


Pangkat ini diraih oleh Sayyidi Syekh Ahmad At Tijani Ra pada Bulan Muharam Tahun 1214 H


2. Al Qutbul Maktum 


Wali Qutub yang dirahsiakan derajatnya dan yang mengetahui hanyalah Allah SWT dan Rasulullah Saw.


Gelar ini disampaikan langsung oleh Rasulullah Saw secara langsung ( Yaqozoh ) kepada Sayyidi Syeikh Ra bahawa beliau adalah Qutubul Maktum.


Oleh kerana itu sebelum beliau tampil, tak seorangpun Auliyak membahas Maqam Al Qutbi Maktum secara jelas.


3. Al Khotmu Al Muhammadiy 


Wali yang menjadi penutup puncak martabat kewaliaan dari golongan Ummat Nabi Muhammad Saw, tidak ada lagi pangkat kewaliaan yang lebih tinggi diatasnya


Sebagaimana Rasulullah Saw sebagai Khatmul Ambiyak yaitu penutup para nabi dan rasul maka begitu pula Sayyidi Syeikh Ra sebagai Khatmul Auliyak sebagai penutup para wali dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman.


Tetapi bezanya masih tetap ada para wali selepas Sayyidi Syeikh Ra wafat tapi tiada wali Qutub yang di atasnya, yang dimana para wali menyandang sebagai petugas Ruhani ummat Rasulullah Saw hingga turunnya Sayyidina Isa as sebagai wali terakhir bukan sebagai Nabi .


Gelar ini diperoleh oleh Sayyidi Syeikh Ra pada tanggal 18 Safar pada tahun 1214 H


4. Al Barzakhul Makhtum


Dimana Maqam ini menjelaskan bahawa Sayyidi Syeikh Ra adalah wali yang langsung menerima berbagai jenis kurnia  dari telaga Ilmu Rasulullah Saw yang dialirkan lagi ke para wali dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman.


Baik disedari atau tidak semua wali mengambil kurnia ini dari Rasulullah Saw melalui Sayyidi Syeikh Ahmad At Tijani Ra


اللهم أحينا تجانيين وأمتنا تجانيين واحشرنا جميعاً في زمرة سيدي أحمد التجاني رضي الله عنه وأرضاه ونفعنا به آمين


اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰی سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍۨ الْفَاتِحِ لِمَا اُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِي اِلٰی صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمِ وَعَلٰی آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ


بجاه سيّد المرسلين صلّی اللّه عليه وسلّم وبجاه شيخنا وسندنا دنيا واخری سيّدي ابي العبّاس احمد بن محمّد التّجاني رضي اللّه عنه وأرضاه وعنّا به


اللهم آمين يارب العالمين بجاه النبي وشيخنا التجاني


Semoga dengan Madad Sayyidi Syeikh Ahmad At Tijani Ra dimudahkan kita semua ziarah ke Maqbarah beliau ...

.

DK

Post a Comment

Previous Post Next Post