Ijazah Amalan Selawat Ratib Haddad

 SELAWAT RATIB HADDAD ini ada dalam rangkaian ZIKIR RATIBUL HADDAD.
.
Diambil selawat ini dibaca khusus setiap hari untuk dijadikan wirid harian.
.
Ratib Al-Haddad adalah zikir yang boleh di amalkan setiap hari, ianya adalah himpunanan yang berdasarkan ayat al-Quran dan hadith Rasulullah SAW, serta doa-doa yang bertujuan perlindungan diri serta memohon keampunan daripada Allah SWT.

Ianya adalah salah satu himpunan zikir yang begitu terkenal dan sudah menjadi kebiasaan amalan oleh ramai masyarakat muslim dimerata dunia.

Ianya disusun oleh salah seorang ulama terkemuka dari Hadramaut, Yaman, iaitu Imam Abdullah bin Alwi bin Muhammad Al-Haddad. Beliau merupakan seorang Ulama mujaddid kurun ke-12.

Ratibul Hadad disusun pada 27 Ramadhan 1071 Hijriah (lebih dari 370 tahun yang lalu), Kelebihan Ratib Al-Haddad ini sangat banyak, bahkan pada zaman Imam Haddad sendiri sudah pun tersebar Ratib ini dan telah menjadi sebuah amalan yang di baca oleh kelompok yang ramai secara berjamaah di Masjidil Haram di Kota Mekkah & juga di Masjid Nabawi di Kota Madinah.
.

SELAWAT RATIB HADDAD :

 
 Ø§َللّٰÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ
اَللّٰÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„ِّÙ…ْ
Alloohumma Solli ‘Alaa Muhammad
Alloohumma Solli ‘Alaihi Wa Sallim
.

JADILAH AHLI SELAWAT

Bukan semua mampu / boleh berselawat. Semua atas pilihan Allah.

Beruntungnya sesiapa yang dpt amal selawat ini dgn istiqomah. Itulah tanda Allah telah memilih untuk menjadi kekasihNya. Allah nak bagi kebaikan padanya dengan JALAN SELAWAT.

Selawat ini dari Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad, Wali Qutub Sohibur Ratib Quthbil Irsyad wa Ghoutsil Ibad wal Bilad.
 
Beliau adalah ulama dan wali besar dan menyandang gelar wali qutub paling lama.

”Dalam Dunia Tasawuf, Imam Ghazali ibarat pemintal kain, Imam Sya’rani ibarat tukang potong dan Sayyid Abdullah bin Alwi Al / Haddad adalah penjahitnya.”
.
KAEDAH BACAAN SELAWAT INI, ASASNYA / SEKURANG-KURANGNYA :

500X PAGI
1,000X MALAM

ATAU lebih dari itu pun boleh.
.

 

 

 

DK

Post a Comment

Previous Post Next Post