Kursus Bahasa Arab Di Bachok

Kewajipan Bahasa Arab 

Firman Allah SWT, “Sesungguhnya KAMI turunkan ia (al-Quran) sebagai bacaan berbahasa Arab agar kamu semua berfikir.” (Surah Yusuf: ayat 2).

Ahlus Sunnah menganggap bahasa Arab adalah sebaik-baik bahasa di dunia. Terdapat hadith berbunyi, “Mencintai Arab adalah iman, membenci Arab adalah Nifaq.” (Dalam Sahih Muslim dengan lafaz Hubb al-Ansar min al-iman, Kitab al-Iman, hadith 74). Orang yang tidak mencintai Arab, tidak mengiktiraf kelebihan Arab adalah ahli bid`ah.

Dari Ibn ‘Umar ra, RAsulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang mencintai bangsa Arab , maka dengan sebab mencintai akulah ia mencintai mereka. Sesiapa membenci Arab maka disebabkan ia membenciku.” (Iqtida’ as-Sirat al-Mustaqim Fi Mukhalafah Ashab al-Jahim, al-Harrani, 1999, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, ms 150.

Al-Hafiz Abu ‘Isa al-Tirmidhi mengisnadkan dari Salman al-Farisi, Rasulullah SAW bersabda, “Wahai Salman, janganlah kamu membenciku nanti kamu meninggalkan agamamu.” Salman bertanya, “Bagaimana saya membencimu wahai Rasulullah SAW, sedangkan dengan sebab tuanlah saya diberi hidayah oleh Allah? Rasul berkata, “Sekiranya engkau membenci Arab nescaya engkau membenciku.” Al-Tirmidhi, al-Manaqib, hadith 3927.; Al-Imam Ahmad, al-Musnad, hadith 23219.

Berkata para ulama’ Huffaz Hadith, membenci bangsa Arab dan memusuhi mereka adalah kufur atau membawa kepada kufur. Jelas bahawa mereka (Arab) lebih utama dari selain mereka dan mencintai mereka sebab kekuatan iman.

Al-Hafiz Abu Tahir as-Silafi dalam Fadl al-‘Arab dari Jabir ibn ‘Abdillah, Rasulullah saw bersabda, “Mencintai Abu Bakr dan ‘Umar termasuk iman, membenciku keduanya adalah kufur. Mencintai Arab adalah iman, membenci Arab adalah nifaq.”

Al-Hafiz as-Silafi dengan sanadnya mengisnadkan dari Abu Hurairah, RAsulullah SAW bersabda, “Sesiapa bercakap dalam bahasa Arab, maka dia adalah Arab.”

As-Silafi dengan sanadnya, mentakhrij, bahawa Suhayb ar-Rumi, Bilal al-Habashi dan Salman al-Farisi dikutuk oleh seorang lelaki kerana membantu perjuangan Nabi SAW sedangkan mereka bukan bangsa Arab. Lalu berkhutbah Baginda SAW dengan bersabda, “Sesungguhnya Arab itu bukan dari ibu dan bapa Arab, tetapi ia adalah bahasa. Sesiapa bercakap dalam bahasa Arab maka dia adalah Arab!”

Dari ‘Ali, Rasulullah SAW bersabda, “Cintailah bahasa Arab kerana 3 perkara, kerana saya adalah Arab, bahasa al-Quran adalah Arab dan bahasa ahli syurga adalah Arab.” Berkata al-Hafiz as-Silafi, isnad hadith ini Hasan. 

As-Silafi mengisnadkan dari al-Imam al-Shafi`ei bahawa beliau berkata menjadi wajib mempelajari bahasa Arab bagi yang mampu. Ia lebih patut dicintai dari selainnya. Menjadi kewajipan bertutur dalam bahasa Arab walaupun tidak haram berturut dalam bahasa ‘ajam. (Shaykh Muhammad Rashid Ridha, al-Wahyu al-Muhamadi)


Kursus Bahasa Arab Di Bachok, Kelantan

Untuk Siapa?

1. Mereka yang tiada asas Bahasa Arab
2. Ulangkaji bagi pelajar yang sudah ada asas
3. Pengukuhan bagi pelajar yang lemah penguasaan Bahasa Arab

Faedah Program?

1. Memahami Bahasa Al-Quran
2. 100% menggunakan kaedah Madina Books
3. Dibimbing oleh pakar Bahasa Arab
4. Menguasai Bahasa Arab dalam masa yang singkat

Terbuka kepada semua rakyat atau bangsa Bachok dan sekitar Kelantan, tidak kira umur, jantina mahupun apa-apapun latarbelakang.

Lekaslah mendaftar ke Pusat Internet 1Malaysia Gunong, Bachok.

Yuran hanya RM20.00 sebulan.

Kelas akan bermula selepas Hari Raya 'Idul Fitri ini nanti, iaitu 4 Ogos 2015

Hubungi Pengurus Pi1M Gunong, 0134138542 atau pensyarah 0148378788




BAHASA ARAB ADALAH BAHASA SOLAT, BAHASA SYURGA DAN BAHASA AL-QURAN

0 Sahabat Setia Blog Yang Baik Ini Telah Menulis Untuk "Kursus Bahasa Arab Di Bachok"

 
Copyright © 2014 Datoksir Kronik - All Rights Reserved
Template By. Nyut Nyut