Amalan Doa Nurun Nubuwwah

Amalan ini semoleknya kena rujuk kepada tuan guru Mursyid masing-masing terlebih dahulu.

Jika saya sendiri, saya dapat dari Mursyid saya dengan cara kena berpuasa sunat tiga hari berturut-turut terlebih dahulu. Berbuka puasa dengan tujuh jenis kuih atau biskut, dan semasa sahur, boleh makan apa sahaja. Jika juadah makanan tidak habis semasa berbuka puasa, makanan itu kena tanam. 


اَللّٰهُمَّ ذِى السُّلْطَانِ الْعَظِيْمِ ، وَذِى الْمَنِّ الْقَدِيْمِ ، وَذِي الْوَجْهِ الْكَرِيْمِ ، وَوَلِيِّ الْكَلِمَاتِ التَّآمَّاتِ ، وَالدَّعَوَاتِ الْمُسْتَجَابَةِ ، عَاقِلِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ مِنْ اَنْفُسِ الْحَقِّ ، عَيْنِ الْقُدْرَةِ والنَّاظِرِيْنَ ، وَعَيْنِ الْاِنْسِ وَالْجِنِّ ، وَاِنْ يَّكَادُ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا لَيُزْ لِقُوْنَكَ بِاَبْصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوا الذِّكْرَ وَيَقُوْلُوْنَ اِنَّهُ لَمَجْنُوْنَ ، وَمَا هُوَ اِلاَّ ذِكْرٌ لِلْعَالَمِيْنَ ، وَمُسْتَجَابُ لُقْمَانَ الْحَكِيْمِ ، وَوَرِثَ سُلَيْمَانُ دَوُدَ عَلَيْهِمَا السَّلَامُ الْوَدُوْدُ ذُو الْعَرْشِ الْمَجِيْدِ ، طَوِّلْ عُمْرِيْ ، وَصَحِّحْ اَجْسَادِيْ ، وَاقْضِ حَاجَتِيْ ، وَاَكْثِرْ اَمْوَالِيْ وَاَوْلَادِيْ ، وَحَبِّبْ لِلنَّاسِ اَجْمَعِيْنَ ، وَتَبَاعَدِ الْعَدَاوَةَ كُلَّهَا مِنْ بَنِيْ آدَمَ عَلَيْهِ السَّلَامُ ، مَنْ كَانَ حَيًّا وَّيَحِقَّ الْقَوْلُ عَلَي الْكَافِرِيْنَ ، وَقُلْ جَآءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ، اِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوْقًا ، وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْاٰنِ مَاهُوَ شِفَآءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِيْنَ ، وَلَايَزِيْدُ الظَّالِمِيْنَ اِلَّا خَسَارًا ، سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ، وَسَلَامٌ عَلَي الْمُرْسَلِيْنَ ، وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَوَصَلَّى اللهُ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىٰ آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَأَتْبَاعِهِ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ


Maksudnya :

Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki "wajah" yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: Sesungguhnya ia (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yang mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgahsana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuh badanku, kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku, cintakanlah aku dari semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s., orang-orang yang masih hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagi orang-orang kafir. Dan katakanlah: Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah. Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha Suci Allah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi AllahTuhan Semesta Alam.

Khasiat Doa Nurun Nubuwwah

1. Doa ini boleh di pergunakan untuk memohon kekayaan. Kepada orang yang berhajatkan kekayaan, doa ini hendaklah di baca 100 kali pada malam Jumaat. Tanamkan kunyit dalam tanah di suatu tempat sunyi. Banyaknya kunyit terpulang pada orang yang memohon kekayaan itu. Jika di kabulkan Allah, orang yang mengamalkan doa ini akan mendapat alamat apabila kunyit yang di tanam sudah bertukar menjadi emas.

2. Jika di baca pada setiap lepas sembahyang lima waktu, apa yang kita hajati insya Allah akan berhasil.

3. Jika ada raja yang ingin menjadi pendita, maka dengan berkat doa ini insya Allah akan tercapai.

4. Demikian juga jika ada pendita yang ingin menjadi wali Allah, dengan membaca doa ini insya Allah mendapatnya. Dan jika ada jin yang ingin menjadi manusia, dengan berkat doa ini insya Allah jadilah dia manusia.

5. Jika ada binatang yang cacat, dengan dibacakan padanya, insya Allah binatang itu akan menjadi sempurna sifatnya.

6. Jika sesiapa membaca sekali ketika matahari hampir terbenam, Allah akan mengampuni segala dosanya.

7. Jika anda ada musuh, bacakan doa ini, insya Allah musuh akan menjadi sayang pada anda.

8. Jika tidak boleh membaca atau menghafalnya, tuliskan doa ini dan simpan dalam rumah, insya Allah terselamat daripada sihir, ilmu hitam dan penyakit.

9. Apabila di letakkan pada tanaman, insya Allah tanaman itu selamat daripada segala musuh.

10. Apabila diletakkan pada tempat yang di diami syaitan, iblis, jin, hantu dan segala macam makhluk halus yang jahat, insya Allah mereka semua akan pergi dari situ.

11. Jika ingin melihat sesuatu yang indah, bacakan 100 kali pada malam sabtu, insya- Allah anda akan diperlihatkan keajaiban.

12. Jika anda berperahu di laut dan membacakan doa ini, kemudian tiupkan ke laut, insya Allah air laut akan menjadi tawar.

13. Jika dibaca pada malam minggu, insya Allah anda akan awet muda.

14. Jika dibaca pada malam Isnin, Allah akan memberikan keselamatan.

15. Jika dibaca pada malam Selasa, anda akan menjadi kuat.

16. Jika dibaca pada malam Rabu, gigi menjadi teguh.

17. Jika dibaca pada malam Khamis akan memperelokkan wajah.

18. Jika dibaca pada binatang buas, insya-Allah ia akan tunduk.

19. Jika dibaca pada malam hari, seluruh malaikat akan turun dari langit memohonkan ampun untuk orang yang membacanya.

20. Jika dibaca pada hari raya, maka apa yang dihajat akan segera berhasil.

21. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang ingin berjumpa dengan para nabi, bacakan 100 kali doa ini, kemudian tidur, insya Allah akan bermimpi berjumpa dengan para nabi dan sesiapa memandangnya akan berasa kasih sayang.”

22. Untuk menyembuhkan orang sakit, baca doa ini pada minyak. Sapukan minyak itu pada tempat yang sakit, insya Allah akan sembuh.

23. Demikian juga, jika ada orang yang diganggu hantu, syaitan, jin, kerasukan, pengsan atau gila, bacakan pada minyak dan sapukan pada orang berkenaan.

24. Andainya anda ingin mendekati raja, orang berkedudukan tinggi atau orang ramai, baca doa ini setiap hari, insya Allah semua akan kasihkan anda.

25. Jika ingin kuat berjalan, bacakan pada sirih bertemu urat, kemudian usapkan daun itu dari kepala sampai ke dua hujung kaki, insya Allah anda akan kuat berjalan.

26. Jika anda dalam perjalanan dan ada tanda akan hujan, bacakan doa ini, insya Allah tidak jadi hujan.

27. Jika terjadi permusuhan, bacakan berulang kali, insya Allah akan berhenti.

28. Jika akan berangkat ke medan perang, bacakan doa ini, insya Allah tidak di kejar musuh, sebaliknya musuh akan bercerai-berai sesama sendiri.

29. Jika ada wanita yang sukar bersalin, bacakan doa ini pada air dalam mangkuk putih, minumkan air itu, insya Allah bayinya akan cepat lahir.

30. Jika ada orang sakit mata, bacakan doa ini dan hembuskan pada matanya, insya Allah lekas sembuh.

31. Apabila ada orang digigit ular, kena bisa, racun atau penyakit lain, bacakan doa ini pada tempat yang luka atau tempat yang sakit, insya Allah lekas sembuh.

32. Jika anda ingin bertemu raja jin, sucikan diri anda daripada najis dan hadas, bacakan doa ini 100 kali pada malam Jumaat di tempat yang suci dan sunyi.

33. Rasulullah bersabda:”Jika kamu ingin di muliakan orang lain, bacalah doa ini.”

34. Jika anda hendak melamar seseorang wanita, berpuasalah sehari dan jangan tidur pada malamnya. Bacakan doa ini terus-menerus di tempat sunyi. Insya Allah lamaran anda diterima.




2 Sahabat Setia Blog Yang Baik Ini Telah Menulis Untuk "Amalan Doa Nurun Nubuwwah"

Assalammualaikum...
Terima kasih berbanyak, Tuan admin

 
Copyright © 2014 Datoksir Kronik - All Rights Reserved
Template By. Nyut Nyut