Selawat Azimiah - Syeikh Mohd Faiz Al Linggi


SELAWAT ‘AZIMIAH

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada Mu dengan Nur Wajah Allah yang Maha Besar, yang memenuhi segala penjuru ‘Arasy Allah Yang Besar, dan dengannya berdiri seluruh alam Allah yang Agung. Moga Engkau berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW yang mempunyai martabat yang agung dan ke atas keluarga Nabi Allah Yang Besar, dengan kadar kebesaran Zat Allah Yang Maha Besar, pada setiap kerlipan mata dan nafas sebanyak bilangan ilmu Allah Yag Maha Besar, dengan selawat yang berkekalan sebagaimana kekalnya Allah Yang Maha Besar, Penghormatan bagi Engkau wahai tuan kami, wahai Muhammad, wahai yang mempunyai akhlak yang besar (indah). Salam kesejahteraan daripada Mu ke atas keluarganya seperti yang demikian itu juga. Himpunkanlah di antara aku dan dia (Nabi Muhammad SAW) sebagaimana Engkau menghimpunkan antara roh dan jasad, zahir dan batin sama ada ketika sedar atau tidur. Jadikanlah dia (Nabi Muhammad SAW) wahai Tuhanku, roh bagi zatku daripada sekalian wajah (keadaan) di dalam dunia ini sebelum hari akhirat, wahai Allah yang Maha Besar.




 العظميةالصلوات 

اَللّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ بِنُورِ وَجْهِ اللهِ الْعَظِيْمِ الَّذِي مَلَأَ  أَرْكَانَ عَرْشِ اللهِ الْعَظِيْمِ وَقَامَتْ بِهِ عَوَالِمُ اللهِ الْعَظِيْمِ  أَنْ تُصَلِّىَ عَلَى مَوْلانَا مُحَمَّدٍ ذِي الْقَدْرِ الْعَظِيْمِ وَعَلَى آلِ نَبِيِّ اللهِ الْعَظِيْمِ  بِقَدْرِ عَظَمَةِ ذَاتِ اللهِ الْعَظِيْمِ  فِيْ كُلِّ لـَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا فِيْ عِلْمِ اللهِ الْعَظِيْمِ  صَلاةً  دَائِمَةً بِدَوَامِ اللهِ الْعَظِيْمِ  تَعْظِيْمًا لِحَقِّكَ يَا مَوْلانَا يَا مُحَمَّدُ يَا ذَا الْـخُلُقِ الْعَظِيْمِ  وَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ مِثْلَ ذَلِكَ وَاجْمَعْ بَيْنِىْ وَبَيْنَهُ كَمَا جَمَعْتَ بَيْنَ الرُّوْحِ وَالنَّفْسِ ظَاهِرًا وَبَاطِنًا يَقَظَةً وَمَنَامًا وَاجْعَلْهُ يَا رَبِّ رُوْحًا لِّذَاتِى مِنْ جَمِيْعِ الْوُجُوهِ  فِى الدُّنْيَا قَبْلَ الآخِرَةِ  يَا عَظِيْمُ



0 Sahabat Setia Blog Yang Baik Ini Telah Menulis Untuk "Selawat Azimiah - Syeikh Mohd Faiz Al Linggi"

 
Copyright © 2014 Datoksir Kronik - All Rights Reserved
Template By. Nyut Nyut