Zukieee Hidup Mewah Bermodalkan RM300




Zukiee antara selebriti media sosial yang menerima pendapatan tertinggi.

Selebriti media sosial ini mengakui menerima perubahan drastik dalam kehidupannya selepas video-video lucu yang dimuat naik di laman sosial mendapat sambutan masyarakat.

Malah, Zukieee atau nama sebenarnya, Zulkifli Muhammad, 24, yang berasal dari Kelantan itu berkata, pendapatan selama tujuh bulan membuat video-video pendek itu mampu menanggung kehidupan keluarganya yang susah.

"Alhamdulillah, pendapatan sejak menjadi selebriti media sosial agak baik saya boleh bantu ibu dan adik beradik lain setiap bulan dan setakat ini sudah beli kereta Mazda RX8 secara tunai. Saya daripada keluarga yang susah dan ada tujuh adik beradik, dulu saya hanya seorang pekerja zoo dengan gaji RM800 sebulan sahaja," ujarnya.




Zukie mampu membeli kereta jenis Mazda RX8 hasil pendapatan sebagai selebriti media sosial sejak tujuh bulan.

Tambah Zukieee, hasrat untuk mengubah nasib keluarga dengan aktif di media sosial sudah lama, namun dipendam kerana kekurangan modal untuk memulakan kerjaya itu.

Bagaimanapun, tahun lalu, selepas mampu membeli sebuah telefon bimbit dengan harga RM300, dia dapat memulakan rancangannya itu.

"Sebenarnya saya sudah simpan idea-idea untuk jadi viral sejak tahun 2011, tapi saya tidak boleh buat kerana saya tiada telefon bimbit yang boleh buat rakaman. Sehingga tahun lalu, saya tekad beli telefon berharga RM300 yang ada video. Daripada situ saya buka akaun laman sosial dan muat naik video-video yang saya lakonkan," ujarnya.

Sehingga kini, Zukieee memiliki sebanyak 420,000 pengikut laman Instagram dan 500,000 di Facebook.



Dalam pada itu, Zukieee berkata, dia turut menerima banyak tawaran untuk beraksi di beberapa program televisyen dan berlakon drama, namun terpaksa ditolak.

Dia menolak tawaran tersebut semata-mata untuk menjaga eksklusiviti dan jenama dirinya iaitu hanya boleh dilihat di media sosial sahaja.

"Kerjaya saya di media sosial bukan di televisyen, jadi saya terpaksa tolak tawaran-tawaran daripada stesen televisyen yang mahu saya terlibat dalam drama dan program mereka. Saya tidak mahu jika terlalu kerap di televisyen membuatkan orang bosan dan tidak mahu menonton saya di media sosial pula," ujarnya.

Selain itu, Zukieee berkata, dia kini mempunyai sebuah syarikat pengiklanan Viral Media Sdn Bhd bagi mempromosi produk di media sosial.

Katanya, ia merupakan gabungan beberapa rakan selebriti media sosial lain yang mempunyai kekuatan tersendiri dalam mempromosi sesuatu produk.

"Saya serius dalam kerjaya ini dan sudah memiliki sebuah syarikat untuk tujuan itu semata-mata. Di bawah syarikat itu saya mempunyai beberapa rakan-rakan blogger yang aktif di media sosial," ujarnya.



Nama Penuh: Zulkifli Muhammad
Nama Popular: Zukie @ Zukieee
Asal: Kelantan
Umur: 25 Tahun (2017)
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Syarikat: Viral Media Sdn. Bhd. (bertujuan mempromosi produk di media sosial)
Pekerjaan: Pelakon Video Lucu dan Bekas Penjaga Zoo
Pencapaian: Meraih pendapatan dengan membuat video lucu pendek
Impian: Berhasrat membuka syarikat pengiklanan untuk membantu perniaga-peniaga memasarkan produk mereka


Kereta Sport Mazda RX8 Zukiee

0 Sahabat Setia Blog Yang Baik Ini Telah Menulis Untuk " Zukieee Hidup Mewah Bermodalkan RM300"

 
Copyright © 2014 Datoksir Kronik - All Rights Reserved
Template By. Nyut Nyut