Kitab Rujukan Pembawa Tareqat Ahmadiah Idrisiah



Dipaparkan beberapa kitab rujukan di sini, bagi pengamal zikir atau ahli Tariqah / Tareqat Ahmadiah Idrisiah untuk memantapkan amalan mereka. Semoga membantu.



Kitab Awrad Al-Tariqah Al-Ahmadiyyah Dan Kelebihannya Dan Tukhfah Al-Ikhwan Fima Yakhtassu Billah Al-Nisfu Min Al-Sya’ban




Di dalam kitab ini, telah disentuh dan diperkatakan dua persoalan:
  • Tentang kelebihan awrad al-Tariqah al-Ahmadiyyah.
  • Tentang kelebihan malam Nisfu Sya’ban.Terdapat perkara-perkara yang disarankan yang seharusnya dilakukan pada malam ini. Terdapat di dalamnya doa-doa dan amalan-amalan yang seharusnya dibaca dan diamalkan sempena malam tersebut.

Kitab Faraid al-Masri al-Marwiyyati li-Tariqah al-Ahmadiyyah al-Rashidiyyah al-Dandarawiyah

Di dalam kitab ini dikatakan sebab-sebab kenapa Tariqah ini dinamakan al-Tariqah al-Rashidiyyah al-Dandarawiyah, konsep guru yang Murshid dan kepentingannya di dalam membimbing murid yang Murshid dan kepentingannya di dalam membimbing murid di dalam perjalanan Tariqah. 

Di huraikan juga pengertian Tariqah dengan panjang lebar. Di terangkan juga kriteria-kriteria untuk melayakkan diri menjadi ahli Tariqah.



Kitab Al-Fuyudah Al-Ahmadiyyah Fi Fadli Tahrij Baydu Kalimat Al-Husun Al-Muni’ah Al-Nabawiyah


Kitab ini berdasarkan al-Husan al-Muni’ah al-Nabawiyah yang terdapat di dalam kitab Awrad al-Tariqah al-Ahmadiyyah oleh Sidi Ahmad bin Idris, pengasas Tariqah ini.

Diterangkan cara beramal dengannya, dan kelebihan-kelebihan setiap Husun itu. Huraian yang diberikan dilakukan dengan panjang lebar dan dengan merujuknya kepada tafsir dan sunnah.


Kitab Al-Khauli Al-Wafi Bima Sabat Fi Al-Zikri Al-Jali Wal-Khafi



Di dalam kitab ini dibincangkan dengan mendalam persoalan zikir dan perkara-perkara yang berhubung dengannya persoalan-persoalan seperti tujuan manusia dijadikan oleh Allah, pengertian zikir secara umum dan khusus, adab dan cara-cara berzikir. Fadhilat dan kelebihannya.

Dalil-dalil yang membuktikan bahawa zikir itu dituntut oleh syarak. Bahagian zikir, pengertian zikir khafi dan jali, dan pendapat-pendapat ulamak berhubung dengannya.

Kelebihan zikir secara berhalaqah dan beramai-ramai dengan suara yang tinggi. Tidak ketinggalan juga menyentuh sikap setengah-setengah golongan yang memperkecilkan zikir dan halaqahnya.


Kitab Al-Safinat As-Salamah Min Ahwal Al-Dunya Wal Barazakh Waal Qiamah




Kitab ini mengandungi amalan dan doa-doa yang belum disentuh oleh kitab Tuhfah al-Awtan yang sewajarnya diamalkan dan dibaca pada masa-masa yang tertentu dengan munasabah-munasabah yang tertentu bagi perkara-perkara yang tertentu sesuai dengan hajat dan masalah yang dihadapi.


Kitab Majmuk


Kitab ini seperti yang telah ditegaskan oleh pengarangnya ialah merupakan sebahagian dari munaqib tokoh-tokoh al-Tariqah al-Ahmadiyyah al-Rashidiyyah al-Dandarawiyah untuk memberikan gambaran yang jelas tentang keturunan, kehidupan, Hal keadaan, kelebihan dan sejarah tokoh-tokoh ini serta hubungan kedudukan mereka di dalam Tariqah ini serta kesannya. Tokoh-tokoh yang diperkatakan ialah; Saidi Ahmad bin Idris, Saidi Ibrahim al-Rashid, Saidi Mohd al-Dandarawi dan Saidi al-Sheikh Mohd Said.


Kitab Kanzu Al-Mui’d Fi Manakib Al-A’rif Billah Al-Sheikh Muhammad Said



Kitab ini merupakan huraian lanjut tentang manakib Tuan Haji Muhammad Said yang telah disentuh di dalam majmuk secara ringkas. Beliau dengan panjang lebar memperkatakan tentang latar belakang, salasiah, keturunan, pengajaran, nasihat dan perjuangan Tuan Haji Muhammad Said di dalam memperkembangkan Tariqah ini. 

Turut dipaparkan kelebihan-kelebihan dan keramat-keramat Tuan Guru ini.



0 Sahabat Setia Blog Yang Baik Ini Telah Menulis Untuk "Kitab Rujukan Pembawa Tareqat Ahmadiah Idrisiah"

 
Copyright © 2014 Datoksir Kronik - All Rights Reserved
Template By. Nyut Nyut