6 Rahsia Puasa Menurut Imam Al Ghazali


Masih banyak dari kita yang mungkin belum mengetahui Rahsia Puasa. Puasa yang akan kita jalani selama satu bulan di bulan Ramadhan ini tentunya memiliki beberapa rahsia di dalamnya. Kita merasakan lapar dan haus setiap kali matahari berada hujung kepala. Apalagi bagi kita yang masih beraktiviti dan bekerja hingga waktu siang. Perut terasa sakit dan leher terasa dahaga.

Bukan cuma menahan diri dari makan dan minum, tetapi selama puasa kita harus menahan diri dari semua yang membatalkan. Sebahagian dari hal yang membatalkan puasa ialah memasukkan benda (pepejal atau cecair) ke dalam tubuh, baik melalui mulut, telinga, hidung, mahupun lubang-lubang tubuh lain. Orang yang berpuasa juga harus menahan diri dari syahwatul farji iaitu bersetubuh, atau barangkali “onani/masturbasi”.

Secara umumnya, puasa hanyalah ibadah badaniyah (ibadah fisik) yang mampu melatih tubuh untuk lebih mandiri dan membiasakan diri dari bersenang-senang. Perut di latih untuk tidak makan dalam tempoh yang lebih lama dari hari-hari biasa. Bagi yang sudah berkahwin, dilatih untuk tidak berhubungan badan dengan pasangannya di siang hari.

Namun ternyata, puasa bukanlah soal fizik semata, melainkan penempaan batin dari hawa nafsu. Semua ibadah yang disyariatkan Allah tentu penuh dengan rahsia tersembunyi. Jarang sekali yang merenungkannya dan memahami, hingga dijiwai sebagai syariat. Banyak perbuatan orang puasa yang secara syariat tidak membatalkan puasa, namun menggugurkan pahala besarnya.

Imam Muhammad al-Ghazali, seorang sufi yang sangat memahami ilmu fiqh, memberikan gagasan tentang rahsia puasa. Sebagai seorang ahli fiqh sekaligus ahli tasawuf, Imam Ghazali tidak melulu memandang puasa sebagai ibadah badaniyah. Oleh kerana itu, gagasannya tentang rahsia puasa pun menyedarkan kita akan pentingnya menunaikan ibadah puasa secara lahir batin.



Berikut ini enam rahsia puasa menurut Imam al Ghazali yang ditulis dalam kitab agungnya Ihya’ Ulum ad Din:

1. Menundukkan mata dan mencegahnya dari memperluas pandangan ke semua yang dimakruhkan, dan dari apapun yang melalaikan hati untuk berzikir kepada Allah.

2. Menjaga lisan dari igauan, dusta, mengumpat, fitnah, mencela, tengkar, dan munafik.

3. Menahan telinga dari mendengar hal-hal yang dimakruhkan. Kerana semua yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Allah menyamakan antara mendengar dan memakan perkara haram,“sammaa’uuna lil kadzibi akkaaluuna lis suht”.

4. Mencegah bahagian tubuh yang lain seperti tangan dan kaki dari tindakan-tindakan dosa, juga mencegah perut dari makan barang syubhat ketika berbuka. Mana mungkin bermakna, orang berpuasa dari makanan halal lalu berbuka dengan makanan haram. Ibaratnya seperti orang yang membangun gedung tetapi menghancurkan kota. Nabi Muhammad pernah bersabda, “Banyak sekali orang yang berpuasa namun yang ia dapat hanya lapar dan dahaga sahaja. Ia adalah orang yang berbuka dengan haram. ”Wa qiila, “Ia yang berpuasa lalu berbuka dengan memakan daging sesama, iaitu dengan ghibah.”

5. Tidak memperbanyak makan ketika berbuka, mengisi perut dan mulut dengan tidak sewajarnya. Maka, apalah erti puasa jika saat berbuka seseorang mengganti apa yang hilang ketika waktu siang, iaitu makan. Bahkan, justeru ketika Ramadhan makanan akan lebih beragam. Apa yang tidak dimakan di bulan-bulan selain Ramadhan malah tersedia saat Ramadhan. Padahal, maksud dan tujuan puasa ialah mengosongkan perut dan menghancurkan syahwat, supaya diri menjadi kuat untuk bertakwa kepada Allah.

6. Supaya hati setelah berbuka bergoncang antara khouf (takut) dan roja’ (mengharap). Kerana, ia tidak tahu apakah puasanya diterima dan ia menjadi orang yang dekat dengan Allah, ataukah puasanya ditolak dan ia menjadi orang yang dibenci. Dan seperti itulah adanya di seluruh ibadah ketika selesai dilaksanakan.

Rahsia-rahsia yang dipaparkan oleh Imam Ghazali ini boleh kita perhatikan baik-baik, di mana puasa bukan hanya tentang perut. Puasa adalah berpuasanya seluruh tubuh, puasanya mata, puasanya kaki, puasanya tangan, puasanya telinga, bahkan hati pun ikut berpuasa. Puasa tidak hanya dipandang secara syariat antara sah dan batal. Karena yang puasanya sah hingga tebenam matahari belum tentu diterima oleh Allah. Melainkan puasa yang menyeluruh dari raga hingga jiwa. 




0 Sahabat Setia Blog Yang Baik Ini Telah Menulis Untuk "6 Rahsia Puasa Menurut Imam Al Ghazali"

 
Copyright © 2014 Datoksir Kronik - All Rights Reserved
Template By. Nyut Nyut