Siapa Dia Iman Farrar



Iman Farrar nama diberi. Kelahiran Malaysia (dikhabarkan berasal dari Pasir Puteh, Kelantan) dan sekarang ini menetap di Australia.

Insan istimewa ini mempunyai suara yang sangat gemersik merdu. Alhamdulillah beliau menggunakan suara yang merdu itu ke jalan yang tidak sia-sia dengan berdakwah untuk semua lapisan masyarakat supaya mencintai Islam. Semoga ada ganjaran yang baik untuk beliau. 

Beliau juga memimpin sebuah kumpulan Nasyid yang diberi nama Malaysian Chanting Group atau The Malay Chanting Group. Tahniah.

Datoksir Kronik menyokong semua gerak kerja dakwah yang telah dan akan dilakukan oleh Iman Farrar.

Jom lihat beberapa video Iman Farrar yang lain, seperti dalam Youtube dan Facebook.

Lihat juga pelbagai komen yang telah ditulis oleh pengguna Facebook terhadap Iman Farrar di Fan Page Sukan Star TV.


Rasulullah Dalam Mengenang Mu
Kami Susuri Lembaran Sirah Mu 
Pahit Getir Perjuangan Mu 
Membawa Cahaya Kebenaran 

Engkau Taburkan Pengorbanan Mu
Untuk Umat Mu Yang Tercinta 
Biar Terpaksa Tempuh Derita 
Cekalnya Hatimu Menempuh Ranjaunya 

Tak Terjangkau Tinggi Pekertimu 
Tidak Tergambar Indahnya Akhlak Mu 
Tidak Terbalas Segala Jasa Mu 
Sesungguhnya Engkau Rasul Mulia 

Tabahnya Hatimu Menempuh Dugaan 
Mengajar Erti Kesabaran 
Menjulang Panji Kemenangan 
Terukir Nama Mu Di Dalam Al-Quran 

Rasulullah Kami Umat Mu 
Walau Tak Pernah Melihat Wajah Mu 
Kami Cuba Mengingati Mu 
Dan Kami Cuba Mengamal Sunnah Mu 

Kami Sambung Perjuangan Mu 
Walau Kita Tak Pernah Bersua 
Tapi Kami Tak Pernah Kecewa 
Allah Dan Rasul Sebagai Pembela

DK

9 Comments

  1. Good luck sister
    We love you from jakarta

    ReplyDelete
  2. Pembetulan. Ibunya sahaja dari Kelantan. Bapanya dari Australia. Dia dilahirkan di Australia. So technically she's not from Kelantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mak dia org klantan shja.hbis tu dia bkan otg klantan ka...

      Delete
  3. Tak kisahlah dia org mana. Suara beliau mmg sgt merdu dan mengasyikkan sesiapa yg mendengarnya. Semoga Iman Farrar terus istiqomah menyanyikan lagu2 islamik.

    ReplyDelete
  4. pembetulan. she's half british not australian.

    ReplyDelete
  5. Kalau ikut rule fifa, layak utk wakil Malaysia..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post