Selawat al-Fateh :
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ وصحبه حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ وصحبه حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.
Ertinya:
Ya Allah limpahkanlah rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad yang membuka
kunci sesuatu yang di kunci dan penyudah bagi Nabi yang terdahulu daripadanya dan yang
menolong (membela) kebenaran dengan kebenaran dan memberi petunjuk ke jalan yang
benar dan lurus dan kurniakanlah rahmat dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat
sahabatnya dengan kurnia yang layak dengan kadarnya dan maqamnya yang mulia.
Ringkasan Sejarah.
Selawat al- Fateh adalah berasal daripada al-Qutub Sayyid Muhammad Syamsuddin bin Abul Hasan al-Bakry r.a. yang mendapat ilham kurniaan setelah bermunajat pada Allah SWT selama 18 tahun di Makkah. Selawat ini juga di sebut penghulu segala selawat kerana mengandung rahsia segala selawat dan rahsia zikir dan nama nama Allah yang maha agung.
Cara cara untuk Mengamalkan Selawat al-Fateh:
Sebagai amalan harian selepas solat lima waktu dan pada hari Jumaat ditingkatkan bilangan bacaan selawat.kepada 300 x:
1. Fatehah kepada Rasulullah SAW Baca ( l x)
2. Istighfar (Mohon ampun pada Allah) (100x )
3. Selawat al-Fateh (100/300x )
4. Zikir (100 x)
5. Doa ( l0 x)
Jika mempunyai sesuatu hajat yang penting hendaklah dimulakan dengan solat sunat hajat 2 rakaat atau 12 rakaat sebaik baiknya dan amalkan selama 120 hari dengan bilangan bacaan selawat 1000 setiap hari :
1. Hadiah al-Fatihah kepada Rasulullah Baca (l x)
2. Istighfar (Mohon ampun pada Allah) (100 x)
3. Selawat al-Fateh (1,000x )
4. Zikir (1,000x )
5. Doa (10 x).
Amalan selawat al-Fateh mesti di niatkan dengan tujuan beribadah kerana Allah dan memuliakan Rasulullah sahaja dan mohonlah pada Allah SWT dengan keberkatan bacaan selawat untuk minta di sampaikan apa yang dihajati.
Fadhilat dan kelebihan Amalan Selawat al-Fateh :
Orang yang kekal mengamalkan Selawat al-Fateh secara istiqamah akan mendapat anugerah 33 fadhilat dan karamah di dunia dan di akhirat.Antara kelebihan yang diperoleh di dunia di antaranya ialah :
• Mendapati diri dihormati oleh masyarakat
• Mendapat pertolongan dan dijauhkan musibah serta musuh.
• Menerima rezeki besar atau kenaikan pangkat yang tiada di sangka sangka.
Antara kelebihan diperolehi di alam akhirat ialah mendapat syafaat iaitu pertolongan dan pembelaan dari Rasulullah SAW,khas bagi orang orang yang beriman pada Allah SWT dan kekal membaca selawat, dengan demikian mendapat :
• Dapat bersama sama dan berdamping dengan Rasulullah SAW di alam akhirat
• Kekal kasih di antara kita dengan Rasulullah SAW.
• Terlepas dari seksa dan huru hara di alam akhirat.
Kelebihan Selawat Fateh ini sangat banyak terutamanya untuk menjaga hati kita, untuk melembutkan hati dan untuk hati kita mudah menerima nur hidayah, nur iman, nur islam, nur makrifat, nur ilmu dan hikamah-hikamah.
Ada ulama mengatakan andai kita mengamalkan Selawat Fateh ini Allah akam membuka pintu-pintu hikmah.
Insya Allah andai kita amalkan selawat mulia ini kita akan merasai kemanisan mengamalkan agama dalam kehidupan, hati kita tenang, belajar mudah faham.
Sekurangnya kita amalkan 11 kali setiap selepas Solat Subuh dan sebaiknya banyakkan membaca selawat ini.
Allah, malaikat semua makhluk berselawat pada nabi. Kita jangan lupa kerana kita perlu berhubung dengan Rasulullah, kita perlu syafat Rasulullah. Mudahan kita bersama Rasulullah SAW. Amin.
Kelebihan Dan Fadhilat Selawat Fateh:
1. Berkata sebahagian ulamak Maghribi, berselawat sekali dengan Selawat Fateh ini menyamai 10,000 atau 600,000 yang lain.
2. Dibaca 11 kali selepas solat fardhu, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kecil dan aman tenteram jiwanya.
3. Dibaca 21 kali setiap hari, luas rezeki dan keluarganya selamat dari kesusahan.
4. Sesiapa beristiqamah berselawat Fateh 40 hari, dosanya akan diampuni Allah.
5. Sesiapa mengamalkan dengan istiqamah, nescaya akan terbuka rahsia keajaiban, menghilangkan dukacita, mendapat hidayah dan tercapai segala hajat, dan akan menjadi ahli syurga, walaupun hanya membaca sekali seumur hidup.
6. Kebanyakan daripada 'Arifin menyebut bahawasanya selawat ini dapat membukakan asrar (rahsia) ajaib yang terhairan oleh akal sesiapa yang dapat membacanya 100 kali setiap hari,
7. Sesungguhnya sesiapa yang tekunmembacanya setiap hari 100 kali dibukakan baginya banyak daripada hijab. Hasil baginya daripada anwar (cahaya). Dan ditunaikan segala keinginannya; dengan qadar yang tidak diketahui melainkan oleh Allah Ta’ala.
8. Selawat ini bermanfaat kepada orang Mubtadi, Mutawassith dan Muntahi.
9. Sesiapa yang berselawat dengan Selawat Fateh ini sekali dalam hidupnya nescaya tidak akan di jilat api neraka.
10. Sesiapa membacanya 1000 kali pada malam Khamis dan Jumaat atau Isnin akan dihimpunkan bersama-sama Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Caranya adalah membacanya selepas bersolat 4 rakaat,
1) Baca surah al-Qadr
2) Baca al-Zalzalah
3) Baca al-Kafirun
4) Baca Ma-’uzatain