Duhai Zuriatku Sayang


Kedua orang tua ku, Emak dan Ayah.


Adik bongsu, Ahmad Azuf.



Sorang tertinggal, kesian Husna.



Keluarga besarku, 8 orang adik beradik. 4 lelaki, 4 perempuan.



Tempat ku membesar, Kg Cherang Sepulai, Melawi, Bachok


Tok Wo, Moyang ku, keturunan Puteri Saadong.






UPDATE : 2023




Kedua orang putera ku.




Duhai anak-anak Abi, jika Abi sudah tiada di dunia ini lagi, (berpindah alam), kirimkan lah doa Anakanda untuk Abi di alam sana, agar Abi beroleh kesejahteraan, keamanan, keredhaan dari Allah. Jangan putuskan doa mu duhai Anakanda Abi. Moga-moga Abi tidak di kenakan azab kubur. 

Hargailah segala bimbingan, didikan, pengorbanan Abi dan Ibu selalu.

Bacalah Selawat Azimiah 12kali, hadiahkan buat Abi. Selawat Fatih juga boleh lah baca 11x, 12x atau 21x, boleh juga 100x ataupun 489x. 1,000x pun boleh wahai anak ku !! Alhamdulillah.






Jika ada lebihan rezeki mu, infaqkan harta mu kepada Wali-Wali Allah, para kekasih Allah yang masih ada ketika itu, niat atas nama Abi. Doa dan hadiah amalan kebaikan anak2 Abi sentiasa sampai kepada Abi setiap hari.

Berpegang teguh lah anak ku dengan agama Islam. Jadilah pejuang Islam, kuatkan kerohanian dengan amalan Selawat dan ilmu pendekar. Tegakkan Islam sungguh-sungguh. Sebarkan Selawat. Jadikan Selawat sebati dalam darah daging anak-anak Abi. Semoga anak-anak ku sentiasa bersama, berhimpun, bertemu, bermimpi dengan Baginda Rasulullah saw. Amin.

Sentiasalah dirimu melatih dan menguruskan hati mu untuk SENTIASA 24 JAM NON STOP MENGINGATI ALLAH, tanpa putus. Itulah hati yang sejahtera. Hati para wali. Hati para Kekasih Allah. Hati tulus suci, bersih sebersihnya.

Jadilah pemimpin masyarakat yang adil. Sentiasa berdakwah mengajak orang berbuat kebaikan dan melarang perbuatan keji. Abi doakan semoga Allah sentiasa melancarkan segala urusan mu dan Allah memberi keselamatan di dunia dan akhirat. 

Uruskan kehidupan mu dengan landasan Agama Islam. Usahlah cintai dunia. Jangan ikuti ajaran sesat Wahabi. Sentiasa berbincang, berhubung, belajar dengan Guru-Guru Tua, untuk mendapatkan panduan dan amalan kerohanian, semoga iman dan ketaqwaan mu mantap. Moga-moga kita semua hidup penuh barokah, selamat dunia akhirat, mendapat keredhaan Allah, mencapai kematian yang indah, husnul khatimah.

Anak-anak ku, dunia ini penuh tipu daya. Usah berbangga-bangga dengan apa yang kita ada. Di sini bukan tempat yang kita nak hidup kekal. Tak usah bersifat langit. 

Jauhi sifat atau sikap keji, buang segala sifat tercela. Ikuti ajaran tasauf yang benar agar hati mu sentiasa bersih, tulus dan suci.

Abi redha atas mu wahai Anak .........

..........
....
........................

Kita jumpa di Syurga .........





Hayatilah bait-bait lirik lagu ini, agar hatimu terkesan jika sesaat hatimu lalai dari mengingati Abi dan Ibu. 

Satu : Kasih Nan Abadi
Tiada Tandingi, DIA Yang Satu

Dua : Sayang Berpanjangan
Membawa Ke Syurga, Kasihnya Ibu

Tiga : Lapar Dan Dahaga
Rela Berpayahan, Setianya Ayah

Empat : Mudah Kau Ketemu
Berhati Selalu, Beza Antara
Kasih Dan Kekasih

Ibu, Ku Ingat Dahulu
Menyisir Rambut Ku Kemas Selalu 

Ayah, Menghantar Ke Sekolah 
Bergunalah Ilmu Bila Dewasa 

Sayang, Dengar Lagu Ini 
Untuk Kau Sandarkan, Buat Pedoman 

Jangan Manis Terus Di Telan 
Pahit Terus Di Buang, Itu Bidalan 

Harus Kau Renungkan 
Andai Kau Beroleh Bahagia 

Ingatkan Itu Bukan Untuk Selamanya 
Andai Kau Dalam Sengsara 

Ingatkan Itu Bukan Untuk Selamanya 
Hidup Ini Sementara ......









Kelahiran putera pertama ku, tahun 2015. Nik Ahmad Adam



Wajah Abi semasa dalam tahun 2020-2022 rasanya. Berambut panjang. 
Mula menyimpan rambut semasa dari tempoh mula-mula PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) 2020 dilaksanakan. Zaman virus COVID melanda negara.



Anak pertama : Nik Ahmad Umar
Lahir pada : 31 Mei 2016


(Ada kakak dia di atasnya, telah kembali kerahmatullah. Meninggal dalam kandungan semasa berumur 7 bulan. Diberikan nama Nik Zainab. Tahun 2015. Semasa ibunya berkhidmat di Mukah, Sarawak.

Kalau tak silap saya, arwah Nik Zainab berada dalam kandungan selepas meninggal itu adalah selama 21 hari. Arwah tak nak keluar lagi. Kesian ibunya menanggung kesakitan. Lama sangat Nik Zainab nak setia dengan ibunya.

Pada 7 Julai 2015, barulah isteri saya dapat melahirkan zuriat secara normal. Cantik sangat. Kulitnya masih kemerah-merahan. Cukup sifat. Alhamdulillah.



Anak kedua : Nik Ahmad Umar
Lahir pada : 9 September 2018

 



Gambar kenangan tahun 2015.




















Arwah ayahanda saya, Mat Deris, juga di kenali sebagai Ustaz Yeh Pondok Moden. Alfatihah dan Selawat Azimiah 12kali buat arwah Ayah.






Catitan Ringkas :


Aku ingin ketenangan hati, hidup berkat dengan mak ayah, redha Allah, bahagia dengan keluarga yang aku bimbing dan aku didik dengan acuan agama Islam, penuh dengan sakinah mawaddah wa rohmah. Kalau ada insan yang tak mahu tumpang aku, pergilah sejauh-jauh mu. Aku tak mahu penat dan letih dengan kelakuan bodoh sombong mu. Biarlah jahat mu dosa mu tidak lagi aku menanggung.

Semoga Aku bersama dengan insan yang aku sayangi ini mendapat keredhaan Allah, diberi keselamatan dunia dan akhirat. Aku juga ingin orang yang aku sayangi ini di beri pembelaan oleh Baginda Rasulullah saw di akhirat kelak. Syurga merindui kami di dunia lagi. Allah Allah Allah.


Wei syurga !! Mu pun makhluk macam aku juga. Aku tidak berkehendak kepada mu !! Aku nak Allah semata-mata !! Dialah tujuanku. Allah Allah Allah.

Janji Allah itu pasti. Orang yang berbuat kebaikan, kebajikan, pasti ada ganjarannya. 

Ya Allah, takdirkanlah aku dengan kehidupan dan kematian yang baik-baik sahaja.

Jauhkan aku dengan orang yang jahat. Orang yang jahat dengan Mu. Orang yang bukan Engkau kasihi. Jauhkan sejauh-jauhnya. Oleh itu, himpunkan bersama dengan para Kekasih Mu sahaja Ya Allaaaaaaaah .......

Amiiiin....











DK

Post a Comment

Previous Post Next Post