Syria Tembak Jatuh Jet Pejuang Israel


SEBUAH jet pejuang Israel terhempas, semalam, selepas terkena tembakan pertahanan udara Syria.

Syria tembak jatuh jet pejuang Israel

BAITULMAQDIS: Sebuah jet pejuang Israel terhempas, semalam, selepas terkena tembakan pertahanan udara Syria, ketika 'mensasarkan Iran' di negara yang dilanda peperangan itu, kata jurucakap.

Juruterbang berkenaan yang menerbangkan F16 dilaporkan terhempas di lembah Jezreel di utara Israel namun ditemui selamat.

Episod berbalas tembakan itu adalah yang paling sengit membabitkan dua musuh ketat, Israel dan Iran sejak perang saudara meletus di Syria pada 2011.

Ia turut menyaksikan Israel buat pertama kalinya membuat pengakuan terbuka mensasarkan serangan terhadap Iran di Syria sejak perang bermula.

Tentera Israel turut mengeluarkan amaran kepada Tehran yang didakwa bertanggungjawab menghantar dron ke negaranya.

Malah, dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini, tentera zionis berulang kali memberi amaran tidak menyenangi kehadiran tentera Iran di negara jiran, Syria.

Tentera zionis mensasarkan sistem kawalan pertahanan Iran di Syria yang didakwa menghantar pesawat tanpa pemandu (UAV) ke ruang udara Israel.

"Bedilan anti udara Syria secara besar-besaran itu berjaya menjatuhkan pesawat F16 namun juruterbangnya selamat," kata jurucakap Leftenan

Kolonel Conricus menerusi Twitter miliknya.

"Iran bertanggungjawab menceroboh kedaulatan Israel," kata Conricus yang disiarkan di Twitter.

Sementara itu di Ankara, Timbalan ketua pengawal Revolusi Angkatan Darat Iran, enggan mengulas laporan bahawa Israel memintas drone Iran yang dilancarkan dari Syria hari ini, demikian laporan tidak rasmi agensi berita Tasnim.

"Kami tidak dapat mengesahkan laporan mengenai drone itu kerana Israel adalah pembohong... jika Syria mengesahkannya, Iran juga akan mengesahkannya juga," kata Brigadier Jeneral Hossein Salami, menurut laporan Tasnim. 



Sumber : AFP

DK

Post a Comment

Previous Post Next Post