Tahun Baharu Cina: Semua Sekolah Kena Patuh Arahan


Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan diminta mematuhi arahan surat pekeliling berhubung cuti Tahun Baharu Cina 2018.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berharap tiada pelanggaran kepada arahan surat pekeliling bagi membolehkan warga pendidik menikmati cuti tersebut.

"Timbalan Ketua Pengarah sudahpun mengeluarkan arahan melalui surat pekeliling bahawa 15 dan 19 Februari (Khamis dan Isnin) adalah tambahan cuti maka ikutlah arahan itu kerana ia adalah arahan dari kementerian. Ikutlah arahan yang ditetapkan, kenalah patuh dan akur. Keputusan sudahpun dibuat maka patuhlah. Ini arahan kementerian, jadi perlu dipatuhi oleh sekolah di bawah kementerian.. Jika sekolah persendirian tidak ikut, itu lain cerita," 

Mahadzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mahu Menteri Pendidikan campur tangan berhubung terdapat ketua jabatan di institusi pendidikan tertentu yang enggan mematuhi arahan cuti Tahun Baharu Cina 2018.

Perkara itu disuarakan Setiausaha Agungnya, Harry Tan Huat Hock yang menerima aduan dari beberapa guru dan pensyarah bahawa ketua jabatan mereka mengeluarkan arahan bertentangan dengan surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil 10 Tahun 2017, iaitu Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2018 yang dikeluarkan kementerian, yang memperuntukkan 15 dan 19 Februari (Khamis dan Isnin) sebagai cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

NUTP berharap isu terbabit diberi perhatian seterusnya dapat menyelaraskan cuti perayaan Tahun Baharu Cina di semua institusi pendidikan agar tidak wujud salah faham di kalangan guru atau pensyarah dengan ketua jabatan.




DK

Post a Comment

Previous Post Next Post