Gempar dan menjadi perhatian pengguna laman sosial apabila beberapa keping gambar di dalam Masjid Kampung Pahi, Kuala Krai, Kelantan di muatnaik di media-media sosial. Ia menjadi viral sekelip mata. Jika dilihat pada gambar ini sepintas lalu, tiada yang pelik dan seperti keadaan biasa selepas banjir seperti di mana-mana tempat. Tetapi jika di perhatikan, sebenarnya ada keanehan juga mungkin kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T.
Iman masjid kampung tersebut menunjukkan bagaimana karpet bahagian kanan masjid tidak dicemari lumpur, seolah-olah tidak ditenggelami banjir walaupun sebahagian yang lain sebaliknya.
Dua gambar yang dikongsi Nazeri Ameen tentang apa yang berlaku di dalam masjid Kampung Pahi, Kuala Krai Kelantan selepas banjir surut.
Mungkin tempat tersebut pernah digunakan oleh wali-wali Allah ataupun tempat itu tidak dicemari untuk membolehkan orang kampung tetap boleh menggunakan tempat itu untuk sembahyang, sementara masjid dibersihkan sepenuhnya.
Allahuakbar... Semuanya adalah rahsia Allah.. Allahu'Alam..
Tags
Inspirasi