Membaca Selawat Fatih 489 Kali

 


Membaca 489 Kali Selawat Fatih

(Empat Ratus Lapan 

Oleh: H. Rizqi Dzulqornain al-Batawiy

 

بسم الله الرحمن الرحيم

حمدا له أظهر في الوجود *** نور حقيقة النبي المحمود

وصل يا رب على محمد *** الفاتح الخاتم طه الأمجد

وناصر الحق وهادينا الى *** صراطك القويم نهج الفضلا

وآله بحق قدره الفخيم *** وجاه مقدار مقامه العظيم.

أما بعد:

Dalam kitab Namariqul Hur Wa Bawariqun Nur (bantal-bantal bidadari syurga dan kilatan cahaya) karya Fadhilatul Ustadz Sayyid Abdul Karim Baqqasy al-Idrisiy al-Hasaniy disebutkan:

 

مَن يَعْتَصِم بِالْمُصْطَفَى حَازَ الْمُنَى * وَنَالَ بَيْنَ الْخَلْقِ أَشْرَفَ الرُّتَبْ

يَا سَامِعِينَ مَدْحَهُ بِشَغَفٍ * صَلُّوا عَلَيْهِ إِذ بِهِ نَيْلُ الأَرَبْ

Siapa saja yang berpegang kepada manusia pilihan (Nabi Muhammad) ia akan meraih cita-cita dan mendapat pangkat mulia di antara ciptaan Allah. Wahai para pendengar pujian untuk sang Rasul dengan penuh rasa cinta, berSelawatlah kalian kepada beliau kerana dengan pangkat beliau dapat diraih segala keinginan.

Di antara redaksi Selawat yang memiliki keutamaan besar dan yang paling manjur mengkabulkan hajat, menyelamatkan dari huru-hara dan mendatangkan kemudahan dalam urusan pelik adalah Selawat al-Fatih.

 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمِ وَعَلىَ آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيْمِ

 

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammaddinil Fatihi Lima Ughliqo Wal Khotimi Lima Sabaqo, Nasiril Haqqi Bil Haqqi Wal Hadi Ila Sirotikal Mustaqim Wa Ala Alihi Haqqo Qodrihi Wa Miqdarihil Azim.

 

Ertinya: “ Ya Allah berikanlah Selawat (rahmat) kepada penghulu kami Baginda Nabi Muhammad yang menjadi pembuka  segala yang tertutup dan sebagai penutup apa-apa yang terdahulu, penolong kebenaran dengan kebenaran yang memberi petunjuk ke arah jalan yang lurus. Dan kepada keluarganya, sebenar-benar pengagungan padanya dan kedudukan yang agung ”.

Redaksi Selawat Fatih merupakan Selawat yang paling disukai oleh Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam dan menjadi mahkota kebesaran beliau. Lantaran di dalamnya terdapat pujian tentang pangkat keagungan yang tidak disandang oleh para nabi dan rasul selain Nabi Muhammad Sollallahu alaihi wa sallam yaitu: Al-Fatihi Lima Ughliq (pembuka segala yang tertutup dari perbendaharaan gudang rahmat Allah sejak azali sampai akhir dunia) dan Al-Khotimi Lima Sabaq (penutup dari seada-adanya rahsia yang terdahulu).

 

Disebutkan dalam kitab Bughyatul Mustafid, perkataan Sayyidi Syeikh Ahmad Tijani Radhiyallahu anhu:

من ذكرها عشر مرات لو عاش العارف ألف ألف سنة كان ذاكرها عشرا أكثر منه ثوابا ، يعني العارف الذي لم يذكرها

 

Siapa yang membaca Selawat Fatih 10 kali, seandainya seorang ahli ma’rifah hidup selama 1,000,000 (1juta) tahun di mana ia melakukan banyak ibadah seada-adanya hari, ketahuilah masih lebih banyak pahala yang diraih oleh orang yang membaca Selawat Fatih 10 (sepuluh) kali dibandingan dengan ahli ma’rifah tersebut (yang tidak membaca Selawat Fatih).

 

وخاصية الفاتح لما أغلق أمر إلهي لا مدخل فيه للعقول فلو قدّرت مائة ألف أمة كل أمة مائة ألف قبيلة في كل قبيلة مائة ألف رجل وعاش كل واحد مائة ألف عام يذكر كل منهم في كل يوم ألف صلاة على النبي صلي الله عليه و سلم من غير صلاة الفاتح لما أغلق الخ وجميع ثواب هذه الأمم كلها في مدة هذه السنين كلها في هذه الأذكار كلها ما لحقوا كلهم ثواب مرة واحدة من صلاة الفاتح لما أغلق

 

Keistimewaan Selawat al-Fatih tidak mampu diterima oleh akal, Seandainya ada 100,000 bangsa, yang setiap bangsa itu terdiri dari 100,000 suku, dan setiap suku terdiri dari 100,000 orang, dan setiap orang diberi umur panjang oleh Allah Taala sampai 100,000 tahun, dan setiap orang berSelawat kepada nabi setiap hari 100,000 kali (bukan dengan Selawat Fatih), semua pahala itu belum dapat menandingi pahala membaca Selawat al-Fatih Lima Ughliq 1 kali.

 

Melihat redaksi pujian buat Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam dengan pangkat beliau al-Fatih (pembuka), al-Khatim (penutup para nabi dan Rasul), an-Nasir (penolong) dan al-Hadiy (pembimbing), menjadikan Selawat Fatih solusi yang tepat untuk Jalbul Manafi’ (menarik keberuntungan) dan Daf’ul Mawani’ (menolak kesulitan).


Al-Quthb Sayidi Abu Ali al-Ahsan al-Ba’qiliy radhiyallahu anhu dalam magnumopusnya kitab Ira’ah Arais Syumus Falakil Haqaiqil Irfaniyah jilid 2 halaman 222; menyebutkan perkataan Sayyidi Syekh Ahmad at-Tijaniy Radhiyallahu anhu yang menjelaskan keutamaan membaca Selawat Fatih dengan bilangan 489 (gope kurang sebelas)


من ذكر صلاة الفاتح عدد خمسمائة غير احدى عشرة وجبت له فتوحات الدنيا والاخرة صباحا ومساء
Ertinya:


Siapa yang membaca Selawat fatih pagi dan malam hari sebanyak 489 kali, niscaya ia mendapat futuhat (terbukanya kebaikan) dunia akhirat.


Setelah membaca 489 kali Selawat Fatih hendaknya membaca doa;


اللهم بجاه الفاتح لما اغلق إفتح لي من كل باب خير فتحته على سيدنا محمد رسولك

وبجاه الخاتم لما سبق اختم لي بخاتمة الناجين الراجين الذين قيل لهم :

قل يا عبادي الذين أسرفوا على أنفسهم لا تقنطوا من رحمة الله .

وبجاه ناصر الحق بالحق انصرني على جميع الأعداء نصر الذي قيل له :

أتتخذنا هزوا قال أعوذ بالله ان أكون من الجاهلين 
وبجاه الهادي الى صراطك المستقيم إهدنا صراط الذين أنعمت عليهم من النبيين والصدقيين والشهداء والصالحين وحسن أولئك رفيقاً ذلك لفضل من الله.



Adapun sanad muttashil kepada Imam al-Quthb sayyidi al-Ahsan Al-Ba’qiliy hingga Sayyidi Syeikh al-Quthbul Maktum Ahmad Bin Muhammad at-Tijani Radhiyallahu ‘anhu sebagai berikut:


الحاج رزقي ذو القرنين أصمت البتاوي عن العلامة الفقيه محمد العربي بن المهدي إكيدر الحاحي عن القطب مولانا الأحسن بن محمد البعقيلي السوسي البيضاوي عن القطب مولانا الحسين الإفراني التزنيتي عن أبي المواهب والمرابح القطب مولانا العربي بن السائح العمري عن الخليفة القطب مولانا علي التماسيني عن مولانا الشيخ أحمد بن محمد التجاني الحسني رضي الله عنه

 

Ada apa dengan bilangan 489 (gope kurang sebelas dari 500x)

 

Jika kita menghitung ( فاتح ) yang artinya pembuka dalam hitungan huruf yang dikenal dengan hisabul jumal:

ف 80

ا 1

ت 400

ح 8

 Jumlahnya jadi: 489

 

Dikutip ulang dari kitab ittihaful amajid bi nafaisil fawaid karya Abu Mun’yah as-Sakunjiy at-Tijaniy jilid 2 halaman 43.

 

Khadimul Majlis al-Mu’afah

Rizqi Dzulqornain al-Batawiy M.A

 

********* ******** ********

 

Selawat Fatih (Raja Selawat)

 

اللهمَّ صلَّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَولاَنَا مُحَمَّدِ الفَاتِحِ لِمُغْلَقَاتِ خَزَائِنِ العَوالِمِ الوجُودِيَّةِ الَّتِي برَزَتْ مِنْ حَيْزِ بُطُونِ العَدمِ الأَزَلِيِّ الْمَقْهُوْرِ. إِلَى سَاحَاتِ مَيَادِينِ الظُّهُورِ. والَخاتِمِ لِمَا سَبَقَ فِي عِلمِ اللهِ بُروزُ سرِّهِ مِن أَوامِرِ مَظَاهِرِ الْمَمْلَكَةِ الإلهِيةِ الذِي هُوَ قُطبُ رَحَاهَا وشُؤونُهَا عَلَيهِ تَدُورُ. نَاصِرِ أَعْلاَمِ دَولَةِ الْحَقِّ بِجَحَافِلِ جُيُوشِ الصِّدْقِ الْمُبِيدَةِ بِبَوَارِقِ أَسِنَّتِهَا الْمُحَمَّدِيةِ الأَحْمديةِ طَوَاغِيتَ الإِجْحَافِ وَالظُّلَمِ وَالْجُورِ. وَالْهَادِي إِلَى الصِّرَاطِ الْمُستَقِيمِ والْمَنهَجِ الرَّبَّانِي القَوِيْمِ بِالسِّيَاسَةِ الْحَقَّانِيةِ وَالْمَعرِفَةِ التَامةِ الإيقَانِيَةِ وَالْحِكمَةِ البَالِغَةِ وَالْحُجةِ الدّامِغَةِ السَّاطِعَةِ النُّور. اللهمَّ صلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيهِ وَعَلَى آلِهِ الأَفْرَادِ البُدُورِ. وَصحَابَتِهِ الأمْجَادِ الصُّدُور. حَقَّ قَدرِهِ الفَخِيمِ فِي سَائِرِ الْحَضرَات والْخطَرَاتِ، وَمِقدَارِهِ العَظِيمِ عِندَ رَبِّ البَرِيَّاتِ، صَلاَةً جَامِعَةً لامِعَةً نَافعةً رَافِعَةً مَانِعَةً يَانِعَةً تَتَوَالَى ما قُرِئَتِ السُّطُورُ. وتفتقَ رتقُ الدهُورِ بِتَعَاقُبِ أَدْوَارِ الأمُور. نَجِدُهَا يَا أللهُ ذَخِيْرةً وَعُمدَةً، وزَادًا وَعُدَّةً يَوْمَ الْعَرَضِ وَالنُّشُوْرِ.

صَلاَةً تَهَبُ لَنَا نُفُوْسًا رَاضِيةً، وَصُدُوْرًا مِن الْهَمِّ خَالِيةً، وَقُلُوْبًا بِحُبِّهِ صَافِيَةً، وَأَنْ تُتِمَّ عَلَيْنَا بِالصِّحَّةِ وَالْعَافِيَةِ وَخَيْرِ الذُّرِّيَّةِ.

 

لَيْسَ لَهَا مِن دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ

 

اللَّهمَّ بِحَقِّ هَذِهِ الْآيَةِ الشَّرِيفَةِ وَمَا بِـهَا مِنْ أَسْرَارٍ أَنْ تَكْشِفَ ضُرَّنَا وَتَصْرِفَ عَنَّا كَيْدَ مَنْ كَادَنَا وَشَرَّ مَنْ أَرَادَ بِنَا شَرَّاً وَرُدَّ كَيْدَهُ فِي نَحْرِهِ وَاَشْغِلْهُ عَنَّا بِشَاغِلٍ لَا يَسْتَطِيعُ رَدَّهُ  يَا اللَّه .

 

Sekian, Wassalam.





DK

Post a Comment

Previous Post Next Post