Pak Teh Enggong, Kuala Krai Kelantan (Wali Allah)






Mukaddimah

Sebelum membuka bicara pasal Pak Teh ini, izinkan saya berkongsi beberapa cerita asal bagaimana saya di perkenalkan untuk mengenali Wali Allah ini. 

Suatu hari, saya di kunjungi oleh seorang kawan yang bernama Fazli Sham yang datang berjumpa di pejabat saya atas urusan bisnes. Hasil pertemuan itu, kami bersembang dan bertukar pendapat dalam banyak perkara. 

Dalam perbualan tersebut, beliau ada menyebut, kita kena ziarah Wali Allah yang bernama Pak Teh Enggong. Alhamdulillah. Terima kasih kepada beliau kerana membuka jalan kepada saya untuk saya lebih mengenali Pak Teh ini. 

Di ringkaskan cerita, selepas pertemuan itu, saya cuba dapatkan maklumat lebih lanjut pasal Pak Teh ini. Hasil dari carian Google, saya berjaya dapatkan beberapa maklumat dan saya juga ada berkongsi info ini ke dalam Whatsapp Group, dan Wechat Moment. 

Dengan usaha saya yang kecil ini, niat saya cuma untuk memberitahu kepada sahabat-sahabat yang lain tentang kewujudan Wali Allah seperti Pak Teh ini haruslah di ambil peluang untuk menziarahi Pak Teh selagi beliau masih hidup di dunia ini untuk mengambil berkat dan amalan jika sekiranya anda ingin mencari guru Mursyid serta mendapatkan Rahmat Allah.

Alhamdulillah, beberapa hari selepas itu, saya di PM (Personal Message) oleh seorang kawan saya yang kebetulan berada dalam Whatsapp Group yang sama iaitu Jue Ibrahim. Syukur pada Allah. Ini adalah susunan Allah kepada saya. Rupa-rupanya Jue Ibrahim ini adalah cucu Pak Teh. Pak Teh ini datuk beliau di sebelah emaknya. 

Jue Ibrahim ada bagi nombor telefon Pak Teh. Jadi, saya juga ingin berkongsi nombor telefon Pak Teh ini untuk kemudahan anda semua jika nak ziarah Pak Teh nanti.


011-11 417 427   (update  Jun 2018)

Kepada anda di luar sana, doakan saya (Mohd Mubassyir bin Mat Deris) supaya mendapat pelbagai kebaikan atas usaha ini. Jangan lupa kirim salam kepada Pak Teh jika anda sampai menziarahi Pak Teh.

Insya Allah, suatu hari nanti saya akan menziarahi Pak Teh dalam masa terdekat. 


Kisah Pak Teh

Inilah kisah perjalanan Pak Teh Enggong, seorang Wali Allah yang menetap di Kampung Enggong, Kuala Krai, Kelantan.

Kisah perjalanan ini telah diberi keizinan oleh Pak Teh sendiri untuk ditulis, dibuka dan dipaparkan kepada umum agar dapat membersihkan dan menyatakan perihal sebenar tentang dirinya.

Walaupun paparan ini tidaklah menceritakan keseluruhan perjalanannya dan di ringkaskan sahaja, namun di harapkan mampu memberi pelbagai manfaat kepada para pencinta Allah dan RasulNya

Pak Teh ini menyara hidupnya dan keluarga dengan hasil menoreh getah.

Pada awal pembukaannya oleh Allah sekitar 30 tahun dahulu, Pak Teh telah diberi ilham oleh Allah untuk baca Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas sebanyak-banyaknya. 

Beliau membaca kedua surah itu sekadar yang termampu di sebabkan beliau ini tidak pandai membaca secara bersurat. Pak Teh boleh dikatakan "buta huruf" pada masa itu. Disamping itu, Pak Teh juga turut berzikir "Laa Ilaaha Illallooh". 

Setelah itu, pada suatu ketika datanglah suatu makhluk Allah dan menanyakan pada Pak Teh yang membawa maksud, " Aku Sambungkan Pengajaran Dan Pembelajaran" dan dalam pada itu satu soalan dalam bahasa Kelantan, "Mu Nok Gapo? Dunio Ka Akhirat?" (Anda Mahu Apa? Dunia Atau Akhirat?)

Maka di jawab Pak Teh, "Aku Mahu Akhirat".

Selepas itu, Pak Teh di ilhamkan untuk berzikir dengan "Laa Ilaaha Illallooh, Muhammadur Rasuulullooh, Fii Kulli Lamhatin Wanafasin 'Adadamaa Wasi'ahuu 'Ilmullooh" dan juga zikir "Allooh Allooh".

لاَ اِلَهَ اِلاّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ 

فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ


Pak Teh Enggong meski pun seorang penoreh getah, yang juga kurang fasih membaca dan menyebut kalimah-kalimah Arab, tetapi Allah telah memilih beliau untuk menjadi manusia yang istimewa di sisiNya. 

Pak Teh juga pernah dipanggil bermuzakarah dengan Mufti Kelantan dan beberapa ulamak pada tahun 1996.

Kekadang ada orang tariqat yang 'terhijab' dengan Pak Teh kerana jalan Pak Teh bukan seperti jalan tariqat yang ada, ada 'salasilah rasmi', salur-galur, rantaian emas para guru. Di situ, kadang-kadang kita terlupa ada keharusan di sisi Allah orang yang tidak bertariqat di kurniakan ilmu-ilmu seperti Pak Teh.

Ada beberapa orang guru mursyid yang bukan orang tariqat, tetapi di limpahkan Allah dengan pelbagai kurniaan dan anugerah. 

Berkenaan dengan Pak Teh sendiri, dahulunya, ada seorang alim di Kampung Enggong atau berdekatan dengan kawasan itu telah menzahirkan firasatnya, akan ada seorang ahli agama yang tinggi ilmunya di Kampung Enggong pada masa akan datang. Cuma orang kampung ini 'terhijab' dengan Pak Teh, susah mereka nak terima yang Pak Teh adalah orang yang dimaksudkan.

Tentang ilmu Pak Teh, ringkasnya boleh dikatakan Ilmu Laduni. 

Ini jelas apabila Pak Teh sendiri menerima Ayat 65, surah al-Kahfi yang khusus mengenai Ilmu Laduni, cuma dalam al-Quran di rujuk Ilmu Laduni ini kepada Nabi Khidir A.S.

Sebab itu, Pak Teh tak perlu kitab sewaktu mengajar, dan ada beberapa kisah lagi yang tidak dapat di buka di sini. Bagi mereka yang biasa ziarah mana-mana guru yang di kurniakan Ilmu Laduni, mereka akan tahu perbezaannya.

Amalan 41 kali surah Al-Fatihah setiap hari

Pak Teh berpesan, jika kita tidak ada masa, sibuk sangat, jangan tinggal zikir 41 kali Fatihah setiap hari

Kepada para pembaca, yang ingin ziarah Pak Teh, sebaik-baiknya buat solat sunat Istikharah dahulu. Kalau ada lampu hijau, pergilah. Kalau rajin, buat solat Hajat dahulu sampai dapat petunjuk Allah, dapat petunjuk baru pergi. Kalau di peringkat boleh pergi dengan ikut gerak hati, ikutlah gerak hati. Kena ingat dan faham , tidak semua guru itu bahagian kita. Ada guru bahagian untuk kawan kita tetapi bukan bahagian untuk kita dan begitulah sebaliknya. 

Di bawah ini ada adalah Fatihah Adam, ada dalam kitab-kitab lama. Bukan maksud memberi izin, cuma membuka ruang untuk sama-sama kita berfikir dan mengkaji.

Fatihah Adam / Faatihatul Aurood

Maksud Fatihah Adam

Ya Allah, sesungguhnya aku persembahkan pada Mu setiap nafas dan pandangan serta 
kerlipan yang mengerlip dengannya segala ahli langit dan bumi, dan setiap sesuatu yang 
berada dalam ilmu Mu, sama ada yang akan berlaku atau yang telah berlaku. 
Maka aku persembahkan pada Mu di hadapan yang demikian itu seluruhnya. Allah Maha Besar. 

Atau

Ya Allah, sesungguhnya hamba persembahkan kepada Mu di hadapan setiap yang bernyawa dan setiap kelipan mata dan setiap yang berkedip, yang berkedip dengannya penghuni langit dan penghuni bumi dan setiap sesuatu yang ia di dalam ilmu Mu itu ada atau sesungguhnya ia sudah sedia ada. Hamba persembahkan kepada Mu, di hadapan sekaliannya itu. Allah Maha Besar.


# Lihat juga Fatihatul Aurad


Beberapa komen pembaca untuk di kongsikan di sini


Senang cerita nak ke rumah Pok Teh. sampai di Kuala Krai. cari lokasi kampung Chenulang atau Pondok Sungai Durian. Lepas tu, terus masuk ke jalan kampung (kena masuk ke pedalaman sikit. Semua kampung melayu beb). Dalam perjalanan ada banyak pokok kelapa sawit dan lembu (hati2 beb). Dalam perjalanan ke pedalaman nanti, akan jumpa satu masjid iaitu Masjid Enggong (lebih kurang 5 kilometer kot jauhnya dari jalan besar Sungai Durian ke Enggong). Berhenti dekat masjid dan rumahnya ada dekat masjid tersebut (bawah lembah rumahnya di sebelah kanan jalan.)

Alamatnya seberang jalan Masjid Enggong ;-) parking kete dpn masjid pastu seberang jalan tu la rumah Pok Teh

Salam kepada semua pengunjung, Insya Allah di sini saya perihalkan sedikit lokasi ke rumah Pok Teh Enggong. Jika tuan / puan dari Kota Bharu, sebelum sampai ke Bandar Kuala Krai, tuan / puan akan berjumpa dengan satu simpang di sebelah kiri (ini adalah simpang yang sama untuk ke Pondok Sg. Durian, Kuala Krai). Dalam 100 meter sebelum tuan / puan berjumpa dengan simpang tu, tuan / puan akan nampak pembinaan Kuarters Polis di kiri dan kanan jalan. Tuan / Puan ikut jer jalan dari simpang tu (on the way tu, tuan / puan akan jumpa dengan Kem Tentera, premis PUSPAKOM dan kawasan ladang sawit yang telah ditebang). Lebih kurang dalam 7-8 KM dari simpang tu (kalau tidak silap perkiraan saya) tuan / puan akan jumpa Masjid Kg. Enggong di sebelah kiri. Sebelum sampai masjid tu, tuan / puan akan nampak signboard Kg. Enggong. Kiranya dah dekat dah tu. Rumah Pok Teh ni adalah rumah yang berhadapan dengan kedai sebelum masjid tersebut. Maknanya rumahnya adalah di sebelah kanan tuan / puan. Kalau sekali lihat seperti berhadapan dengan masjid berkenaan. Jemputlah dan berziarahlah ke rumahnya. Insya Allah beliau sentiasa menerima kedatangan tetamunya dengan hati yang terbuka.


Update : (1 September 2015)

Plan lokasi untuk ke rumah Pok Teh

Masuk melalui jalan utama simpang Pondok Sungai Durian

Dari Kok Lanas - Ke Kiri
https://www.instantstreetview.com/@5.567196,102.200534,121.13h,-4.88p,1z

Kena pergi terus sahaja lagi, lebih kurang dalam 7.6 KM lagi.

Perkuburan Islam Kg Enggong
https://www.instantstreetview.com/@5.575034,102.262345,65.4h,-7.39p,1z


Inilah rumah Pok Teh
https://www.instantstreetview.com/@5.575803,102.263356,101.84h,-8.12p,1z

Masjid Kg Enggong
https://www.instantstreetview.com/@5.57601,102.263676,4.79h,-4.49p,1z





Update Jun 2018

DK

28 Comments

  1. Assalamualaikum w.b.t
    Trima ksh tuan Admin yg sudi bkongsi maklumat di ats.In shaa Allah,akn smpai jua dgn izinNYA

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah kami dah ziarah pada Jumaat 7/7/2015.

    ReplyDelete
  3. https://ms-my.facebook.com/notes/ahmad-rasyid-ismail/fatihatul-awrad-lil-amal-as-solehat/10151885523653526

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...sya ingin brtanya..sekira nya sya berhajat untuk dijazahkan suatu hizib²,amalan² dzikir dan doa bolehkah sya brjumpa dngan pak teh??...sekian prtnyaan saya..

    ReplyDelete
  5. wa alaikumussalam. tuan boleh ziarah pokteh dlu. tgok atas rezeki tuan untuk dapatkan beberapa amalan itu.

    ReplyDelete
  6. As Salam moga Alloh permudahkan urusan hamba Allah
    Amin

    ReplyDelete
  7. Guru ku pak teh ya latif jgn dikira zikir itu

    ReplyDelete
  8. Mintak maaf lah kalu xde guru xpayah nak mengaku wali lah wei xde bimbingan guru mursyid dan buta huruf quran plk tu mana mungkin org tu naik darjat wali. Korang yg naive nk ambik berkat wali ni sila cari guru dalam bidang tasauf dan ahli tarekat (ahli sufi) ye.

    Takde guru maka gurunya adalah syaitan. Yg makhluk dtg jumpa dia tuh xlain dan xbukan hanyalah jin/syaitan/iblis shj yg menyamar samada dlm bentuk cahaya atau manusia atau bende2 ghaib lain yg indah di mata manusia.

    Beramal xleh syok sendiri tanpa bimbingan mursyid gini la jd nya. Darjat wali tp blm lg diuji Allah mana mungkin makam dr nafsu ammarah blh naik ke nafsu kamilah.

    ReplyDelete
  9. Ladunni lah sgt... Ladunni serta kashaf ilham dr bisikan jin! Org yg Allah jadikan wali akan Allah kurniakan dia ilmu dulu. Mustahil jahil bagi sang wali. Kalau dh quran pn buta huruf apatah lg tajwidnya. Bab baca quran pn terang2 penulis menyifatkan dlm keadaan tunggang langgang lg tiba2 dilantik wali dlm keadaan jahil? Astaghfirullahalazim.... Dunia akhir zaman. Org lain jd wali bermujahadan menuntut ilmu berpuluh tahun utk jaga hati dan bermakrifat kpd Allah dgn sbnr2 makrifah dia senang2 rilex goyang kaki dlm kampung zikir dgn surah pendek 3kul je dh blh jd wali? Ladunni hang tu ladunni dr jin! Bnyak dh kene kat budak2 yg merangkak dlm jalanan salik bende2 mcm ni nih. Xpayah jaja dlm internet la pasal pakcik nih xde ape2 pn spt yg didakwa pasal dia. Sila rujuk kebathilan kisah ni ke pejabat mufti negeri 9 ok... Kat sana senarai guru kau blh dptkan cariguru yg hak kalau nak ikut jalan salik bkn dgn jalan bathil dan self-proclaim semata mata mcm pakcik ni.

    ReplyDelete
  10. Rantaian emas dan salasilah rasmi itulah yg dinamakan sanad. Xde sanad blh jd wali mmg merapu la. Tiba masa utk bertaubat jgn mengaku yaqazah plk lps ni dh sanad tu satu hal putus mcm wahabi xde sanad.

    ReplyDelete
  11. jgn sombong sgt tuan'saya'..kalau Allah nak naikkan martabat org bila2 masa shj dgn izinNya..pelacur pon boleh masuk syurga..jgn jadi bodoh sombong..bongkak..xtau jalan cerita sebenar ..nk judge ..boleh terus jumpa pok teh sndr dgr yg sebenarnya siapa yg dtg pd dia..xsemua rahsia boleh ditulis dalam blog..rahsia Allah tu luas.jgn jadi bodoh sombong!

    ReplyDelete
  12. hahaha setuju dgn ULTRAMAN well said bro....

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. salam. kepada sesiapa yg terjumpa blog ni, alhamdulillah syukurlah. anda terpilih. jika nak jumpa pokteh, call saja buat janjitemu 01111-417427
    .

    ReplyDelete
  15. wali Allah dilantik Allah....xde kursus xde sijil. nabi pun berguru dgn jibril.jibril Allah yg hantar. semua dgn izin Allah...betul pak teh ni wali Allah...disahkan oleh wali yg lain...wallahua'lam

    ReplyDelete
  16. wali Allah dilantik Allah....xde kursus xde sijil. nabi pun berguru dgn jibril.jibril Allah yg hantar. semua dgn izin Allah...betul pak teh ni wali Allah...disahkan oleh wali yg lain...wallahua'lam

    ReplyDelete
  17. plus..jgn senang2 menghukum orang mengikut hasutan jin...lapangkan dada, rendahkan diri....

    ReplyDelete
  18. Assalammua'laikum Muslim sekalin , Demi Allah . & Demi Rasullah.jgnlah Kita bergaduh sesama sendiri syaitan & nafsu sentiasa membawa Kita ke lembah kebinasaan,jangan pula Kita menuruti mereka .letakkan Iman utama perbaikilah akhlak Kita , tegurilah dengan kasih sayang ,kerana Kita semua di bawah payung junjugan Nabi Muhammad S.A.W .turuti lah Nabi Kita Muhammad S.A.W , mudah mudahan Kita semua mendapat keluasan rahmat Dari Allah S.W.T yg tiada hitungnyah, dengan berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W.kita bersamanya di akhirat kelak . Amin yarobbala'lamin

    ReplyDelete
  19. Assalammua'laikum Muslim sekalin , Demi Allah . & Demi Rasullah.jgnlah Kita bergaduh sesama sendiri syaitan & nafsu sentiasa membawa Kita ke lembah kebinasaan,jangan pula Kita menuruti mereka .letakkan Iman utama perbaikilah akhlak Kita , tegurilah dengan kasih sayang ,kerana Kita semua di bawah payung junjugan Nabi Muhammad S.A.W .turuti lah Nabi Kita Muhammad S.A.W , mudah mudahan Kita semua mendapat keluasan rahmat Dari Allah S.W.T yg tiada hitungnyah, dengan berkat junjungan Nabi Muhammad S.A.W.kita bersamanya di akhirat kelak . Amin yarobbala'lamin

    ReplyDelete
  20. terima kasih admin..kerana update no telefon terkini dpt gak sy call dia utk dtg ke rumah nya pd 28 April 2019...sy ni dah lama kenal pakteh ni hampir 25thn lalu..dia lah guru pertama dalam bidang kerohanian yg sy jumpa..dengan sebab dia juga..alhamdulillah Allah telah membuka rahsiaNya dengan Al-Fatihah tu...kalau ada group kt wasap or telegram boleh la kita sama2 untuk satukan hati2 antara kita berkenal2an..insyallah..buangkan pandangan negatif kt komen ini..hanya jauhari yg mengenal manikam..dpt bezakan mana intan mana kaca...mana permata..tak perlu nak bergaduh kt komen di sini..positive thinking...ok salamullah..

    ReplyDelete
  21. kalau sapa2 nk sertai group wasap pok teh enggong add no ni 01156773191 yang ada di seluruh malaysia.boleh kita sama2 berjumpa tak kira sabah ke sarawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  22. Kerapkali terhijab dgn ilmu kita sendiri. 'Saya' berhujah dalam situasi biasa tanpa membincangkan situasi luarbiasa & keadaan 'istimewa'. Jgn jadikan ilmu kita sebagai tanda aras ilmu org lain. Moga 'saya' diberikan rahmatNya.

    ReplyDelete
  23. ms mula2 dulu tok ayoh (pok teh enggong) dh kerap kali jumpa tok guru hj abdurrahman (sg durian) utk muzakarah..alhamdulillah tok guru membenarkan apa yg d terima tok ayoh. kemudian tok ayoh d panggil mufti klate..alhamdulillah tidak dilarang utk mengajar..mufti klate skrg adalah mufti ketiga yg bermuzakarah dgn beliau..malah hampir semua qodhi d klate pernah muzakarah n tidak dilarang menyampaikan ilmu. ramai tok guru n ulama d klate mengiktiraf beliau. malah ramai pensyarah bahgian bdg usuluddin n toriqoh yg mengiktiraf kebenaran ilmu beliau selepas muzakaroh dgn tok ayoh. pergi la ziaroh...

    ReplyDelete
  24. Esok, 4.10.2021 ayah,fb (minda dhhi)gunung jerai anak tok wali pak si mid bukit tembaga kedah, nak zairah pok teh enggong,k krai, semoga ambo dpt follow.

    ReplyDelete
  25. Saya sudah pergi ziarah pok teh enggog kemarin 22/10/2021 petan jumaat pko 6 ptg

    ReplyDelete
Previous Post Next Post