Surah Al-Kahf - Beautiful Recitation Of Quran


Surah Al Kahfi atau juga disebut As-haabul Kahfi merupakan surah Makiyyah atau yang diturunkan di Kota Mekkah. 

Surah ini terdiri atas 110 ayat dan bercerita tentang beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain itu terdapat pula beberapa buah cerita dalam surah ini yang semuanya mengandungi pelajaran-pelajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia.

Surah menceritakan tentang akhir zaman, kerana jika anda perasan, kalau timbul cerita atau berita ayat quran yang hilang atau terhapus dalam kitab al Quran itu kebiasaannya adalah dari surah Al Kahfi. 

Kelebihan Surah Al Kahfi

Terdapat beberapa hadis yang membicarakan tentang keutamaan dan manfaat pada surat Al Kahfi ini, di antaranya:

Pertama: 

Membaca Al-Kahfi pada Hari Jumaat, akan terhindar dari fitnah Dajjal. Sosok kejam yang akan keluar pada akhir zaman ini nantinya akan membuat kerosakan di bumi dan menebarkan fitnah kepada setiap umat Islam. 

Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa sesiapa yang rajin membaca surah ini pada hari Jumaat, maka akan terhindar dari fitnah tersebut.

“Barang siapa membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat, maka Dajjal tidak boleh memudharatkannya,” (HR-Dailami).

“Siapa yang membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya dari kepala hingga kakinya dan siapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi,” (HR Ahmad).

"Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul 'atiq." (HR Al-Hakim) 

Kedua: 

Membaca Al Kahfi pada hari Jumaat akan mendapat pengampunan dosa di antara dua Jumaat. 

Dalam riwayat lain masih dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu 'anhu, Rasulullah bersabda, Dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.”

Ketiga: 

Diriwayatkan dari Ibnu Mardawaih dari Abdullah Bin Mughaffal disebutkan bahawa rumah yang dibacakan surah al-Kahfi dan al Baqarah tidak akan dimasuki syaian sepanjang malam itu.

Sunnah membaca surat Al-Kahfi ini ialah pada malam Jumaat atau pada siang hari Jumaatnya, dan malam Jumaat diawali sejak terbenamnya matahari pada hari Khamis dan berakhir sampai terbenamnya matahari pada hari Jumaatnya. 


Sheikh Fahd Al Kanderi
  • Dilahirkan di Kuwait pada 1982.
  • Nama penuhnya adalah Fahd bin Salem bin Ali Al-Kanderi.
  • Mula menjadi hafiz pada usia 16 tahun.
  • Bertugas sebagai imam di Masjid Kabeer, Kuwait bersama Sheikh Mishari Rashid al-Afasi.

0 Sahabat Setia Blog Yang Baik Ini Telah Menulis Untuk "Surah Al-Kahf - Beautiful Recitation Of Quran"

 
Copyright © 2014 Datoksir Kronik - All Rights Reserved
Template By. Nyut Nyut